Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

LIRIK GWIYOMI DALAM BAHASA MALAYU (",) gi ngaji beb baru cute(comel)

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar ni di ambil drpd Internet tanpa kebenaran sesiapa (",)






Syok wo mengaji dari melayan "we chat" oh!
disayang ummi abah juga disayang Alloh
opah 'bah' pesan kalau khatam quran
akan dibelikan tora, dingdang dan juga kasut roda..

kalau tak pandai ngaji nanti cam mana mo 'nikoh'?
=nikah
kena ajar isteri dan anak lepas 'nikoh'
=nikah
betulkan sebutan dan tajwid mereka
barulah sweet(manis) tanpa diabetes :)

Listen up! Listen up! Yo!

sapa mau comel? gi ngaji
mau di sayang Alloh? gi ngaji
mau di cinta nabi? gi ngaji 
gi ngaji
gi gi ngaji

mau jadi cute? gi ngaji
mau masuk syurga? gi ngaji
mau di cium ummi abi? .... gi ngaji
Yeaaahhh...!!!!! (",)



wallahualam













Friday, May 4, 2012

KEUNIKAN NAFAS KITA (",)

بسم الله الرحمن الرحيم

YANG HIDUP PASTI MATI

Gambar di Masjid Qariah Kg. Melang Kuala Pilah Negeri Sembilan





Ikut saya k.....


Tarik Nafassss......
Lepassss.....

Tarik Nafassss......
Lepassss.....

Tarik Nafassss......
Lepassss.....

lepastu ucapkanlah Alhamdulillah, sbb semasa anda baca dan buat gerakan ini, ada manusia yg hanya mampu Tarik Nafas dan terus tak lepas-lepas (Innalillahwainnailahiragiun).

Wallhualam

Friday, April 27, 2012

Bukan Kisah Cium Mulut

بسم الله الرحمن الرحيم

SIKAP MANUSIA

Gambar Sekadar Hiasan (",)


Kisah ni berlaku masa saya pegi klinik rakan medik kat bandar baru bangi sbb sakit tekak(tonsil), yg saya nak jadikan isu ni bukan pasal sakit tekak, tapi pasal sikap seseorang sebagai pengajaran buat kita semua.

Adalah sorang mamat ni, di masuk klinik ni, pastu dia tanya kat kauter "Ramai lagi ker?" pastu nurse tu jawab "ramai lagi dik"... (lepastu mamat tu belalu sambil meninggalkan satu kata2 yg penuh sopan)

"BOLEH MAMPOS, LAMA AKU TUNGGU KAT SINI" (sopan tak???)

Apa dia ingat Allah pinjamkan mulut tu utk keluarkan kata2 mcm tu? Akhirat kelak apa dia nak jawab kalau Allah tanya?

Moga2 kita jadi orang2 yg menjaga kata2, ingatlah, kita pinjam je semua ni, Kalau pinjam harta orang pandai lak kita nak jaga elok2.

Wallhualam

Tuesday, April 10, 2012

APA ITU RIBA? BEST KER RIBA' NI? KENAPA RIBA' TU DOSA?

copy bulat2 dari IBNU MUSLIM

Hukuman Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
“Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh :
“ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bersambung...

Sumber: zaharuddin.net

Wednesday, February 8, 2012

SAYA RINDU RASULULLAH SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

JABAL THUR (Lokasi yg pernah diduduki oleh Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah)


Kita kata kita sayang Rasulullah SAW,
Kita kata kita rindu Rasulullah SAW ,
Kita kata kita umat Rasulullah SAW ,
Kita kata kita nakkan syafaat Rasulullah SAW ,
Kita kata kita nak jumpa Rasulullah SAW ,

Tapi kita selalu ambil ringan dgn sunnah2 Rasulullah SAW ........

Marilah kita semua menghidupkan sunah2 Rasulullah SAW kembali (",)


Disini ingin saya kongsikan sebuah Mutiara Kata daripada seorang ustaz(tak ingat nama dia), masa tu saya dengar ceramah kat Surau Al-Ehsan Bandar Baru Bangi.


"Orang yg meninggalkan Ibadah SUNAT,
lama kelamaan dia akan meninggalkan Ibadah yg WAJIB,

Orang yg selalu melakukan perkara2 yg MAKHRUH,
lama kelamaan dia akan dia akan melakukan perkara2 yg HARAM"




Walahualam

Friday, February 3, 2012

Kisah Rasulullah SAW dgn Bukit Uhud

بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Sunnah itu Perlakuan. Hadis itu kata-kata


Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Rasulullah SAW suka menziarahi bukit Uhud. Pada suatu hari Rasulullah SAW dan Sahabat (Abu Bakar, Umar dan Usman) berada di atas Bukit Uhud, Tiba-tiba Bukit Uhud bergegar.

Dengan gegaran itu Rasulullah SAW menghentakkan kakinya dan bersabda.
"Wahai bukit Uhud, di atas kamu ni ada seorang Nabi, As Siddiq dan 2 org Syahid."

Secara tiba-tiba bukit uhud pun berhenti.


Nabi = Rasulullah SAW
As Siddiq = Syaidina Abu Bakar
2 Syahid = Syaidina Umar dan Syaidina Usman

Syaidina Umar mati dibunuh semasa mengimamkan solat subuh di Masjid Nabi.

Syaidina Usman mati dibunuh semasa sedang membaca Al-Quran ketika berlaku pemberontakan di Madinah.

Wallahualam



Friday, January 6, 2012

4 Perkara Buat Hati Kita Busuk atau Busuk Hati

Gambar Sekadar Hiasan

CIRI-CIRI seseorang yg telah rosak atau telah gelap atau bahasa yg selalu kita guna "BUSUK HATI". Mereka akan rasa berita BENAR itu adalah KARUT dan berita yg BURUK itu lebih SEDAP didengar. DAN mereka akan rasa TIDAK SENANG apabila BERCERITA tentang Agama..

CIRI-CIRINYER : mereka tidak akan baca sampai habis cerita2 BAB AGAMA TAPI kalau bab Hiburan... walaupun 3 muka surat... mereka sanggup habiskan dgn tenang.

CIRI-CIRINYER JUGAK : selalu nampak yg buruk ajer kat orang lain, perkataan2 yg keluar dari mulut dia BIASANYA perkataan2 yg memburukkan orang lain. "Asal buruk ajer org lain"

CIRI-CIRINYER lagi : KALAU HATI dah gelap... Orang cerita pasal agama, dia akan cakap
"Alah... Poyolah dia ni,,, mcm bagus".

Tapi kalau Kisah-kisah GOSIP2 FITNAH2 tentang ARTIS... habis dia sebarkan dan dengar dgn penuh kusyuk dan rasa gembira dgr berita2 gosip ni.

Mari kita muhasabah diri DAN lihat adakah kita ni tergolong dalam org yg BUSUK HATI. sama2 kita doa supaya hati yg Bersih tidak ditambah dgn Bintik2 Hitam yg akan buat hati jadi GELAP, KOTOR dan BUSUK.

Petikan di bawah ini saya ambil dari sebuah KITAB FADHILAT AMAL, Fadhilat Zikir Bab 2 : Kalimah Toyyibah, Hadith 7, Muka Surat 124.


4 Perkara yg merosakkan hati manusia :

  • Berbahas dengan orang-orang jahil,
  • Melakukan banyak dosa,
  • Banyak bergaul dengan wanita yg bukan Mahram dan
  • Banyak duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda S.A.W. ditanya, "Siapakah yg dimaksudkan dgn orang yang mati?" Jawab Baginda S.A.W. "Setiap orang kaya yg menjadi sombong kerana hartanya".



Wallhualam

Saturday, December 10, 2011

الله اكبر

Menarik Gambar ni

Gambar saya amik kat FaceBook

Friday, October 28, 2011

SOLAT TAHIYATUL MASJID KE DENGAR KHUTBAH?



Sebenarnya ni Entry yg dah lama saya buaT, Namun kali ini enTry ini ToTally dah berubah wajah dan Tajuknya. Mengapa berubah sebab kisahnya. Ada seorang sahabaT saya menegur berkenaan no hadis muslim dalam enTry ini(enTry dahulu). Dan seTelah saya semak semula di http://lidwa.com/app/ mmg nombor hadis yg saya taip di(enTry dahulu) adalah SALAH. ITulah bukTinya yg pernah saya bagi Tau dulu,

"Apa yg saya Taip bukan semesTinya beTul, sila rujuk pada Ulama' yg lebih arif. Dan juga jangan berguru dgn Ustaz Youtube dan Ustaz Google semaTa2. Terima Kasih pada sahabaT saya yg bernama Mundzir Rozhan. I LUV U BRO (",)




Sahih Muslim 1449

Wallahualam

Wednesday, October 26, 2011

KENAPA ADOLF HITLER BUNUH YAHUDI



Nukillan hari ini di mulakan dgn Ungkapan Emas ni,,, yer ker ungkapan emas???? (",)

Gambar ni di copy drpd Facebook

Kadang- kadang sakiT haTi gak dgn Adolf Hitler ni. Yg pegi Tinggalkan Tu buat apa? Nak KiTa cari jawapan?

Bukan sebab kau lah kami kenal Yahudi... Kalau kau Takde pun kami mmg tetap berhaTi-haTi dgn Yahudi.

Sbb pasal Yahudi ni mmg dah diTerangkan dlm ayaT Al-Quran Surah Al-Baqarah ayaT 120

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

And the Jews will not be pleased with thee , nor will the Christians , till thou follow their creed . Say : Lo! the guidance of Allah ( Himself ) is Guidance . And if thou shouldst follow their desires after the knowledge which hath come unto thee , then wouldst thou have from Allah no protecting friend nor helper .

犹太教徒和基督教徒绝不喜欢你,直到你顺从他们的宗教。你说:“真主的指导,确是指导。”在知识降临你之後,如果你顺从他们的私欲,那末,你绝无任何保护者或援助者,以反抗真主。

Sunday, October 23, 2011

Wahabi Bodo LEMPANG Orang Tgh Baca Qunut




Video di ambil drpd Youtube

Fahaman Wahabi atau lebih tepaT Fahaman yg dibawa oleh Muhammad Bin Abdul Wahab adalah Terkeluar drpd Mazhab 4 (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali).


Mazhab Hambali Tidak mengaTakan bidaah pada Mazhab Syafie yg membaca QunuT dlm solaT subuh DAN BEGITU juga sebaliknya.

Maka sesiapa yg Terlampau ekstrime.... tobat2 lah... musuh kita org kapir(Harbi) bukan sesama Islam.

P/S = Malas nak ulas panjang2, korang tgk lah sendiri video ni k.

Wallahuaalam


Friday, October 21, 2011

HUKUM LELAKI PAKAI CINCIN SUASA

Gambar Cincin Suasa


HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA'LAM

DI COPY BULAT2 DRPD http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html

Wednesday, October 19, 2011

JIMAK ISTERI DI TEPI "ROUNDABOUT"

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk di aTas ada diceritakan dalam video dibawah ini (",)

Gambar Roundabout


Kisah PerTama ini saya gunakan nama Haji Bakhil (bukan nama sebenar)

Haji Bakhil : saya baru balik dari Mekah dan cium isTeri saya depan org ramai kaT airporT, apa hukum cium ini dan ada berapa jenis cium?

Ustaz : kalau cium Tangan Takpe lah, Tapi kalau cium muluT, cium pipi, cium mcm2 lagi ini namanya "shu ku Tul muruah"(menggugurkan maruah). Jgn cium depan org ramai mcm Tu, Tau lah isTeri kamu, cium Tangan dah lah... nak cium lebih-lebih balik umah lah.

Haji Bakhil : Abis tu yg Rasullulah cium pipi isteri dia.

Ustaz : bukan depan org ramai, cuma org Ter nampak. sebab Tu kalau berjalanpun Takboleh gak berpeluk.

Haji Bakhil : Tapi tu kan isTeri kiTa....

Ustaz : mmg lah isTeri kiTa.... kalau camTu kenapa kamu tak JIMAK(main) jer dgn ISTERI DI TEPI "ROUNDABOUT" tu jer. (",)

Dialog ni ada dalam video di bawah ini, namun bahasa diterjemahkan mengikut kefahaman saya sendiri (",)

Apa ada dalam video ini lagi?
1. Cium selepas Nikah hanya dibenarkan IsTeri cium Tangan suami sahaja.
2. Kalu cium lebih2 lepas nikah dah mcm kat gereja pulak.
3. 5 Tahun mendatang Romen Terus depan Tuk Imam (",)
4. Dulu pengantin perempuan inai ujung jari jer, skrg dah mcm underTaker sampai ke lengan.
5. Kalau kita baca kiTab hadis AKHLAK kita baik kalau baca kiTab Hiburan AKLAK jahanam.
6. "Pra Wedding" jahanam abis. Semua org kapir buat nak TIRU :(
7. IkuT adaT Tak salah, yg salahnya IkuT adaT Tapi langgar SyariaT.



Wallahualam.

Thursday, October 13, 2011

PESANAN & NASIHAT TERBAIK UTK ANAK-ANAK

بسم الله الرحمن الرحيم



Zuyyin Eimanina Binti Mohd Zabid


Surah Luqman ( لقمان) ayat 16 - 19


يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.


يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Tuesday, September 13, 2011

Kurang Ajar Dgn Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar tangan yg menggambarkan Hati


Hati adalah satu organ yg amat penting dalam badan, kalau busuk ia, maka kelakuan kita pun secara kita tak sedar akan teruk juga, kenapa ada orang betul2 hati dia busuk, sampai takleh tgk org lain senang, ada ajer perkara yg dia nak komplen, yang paling kita TAKUT secara tak sengaja kita terKURANG AJAR dgn ALLAH. mengapa hati kita busuk ek???

apa maksud kita terKURANG AJAR pada ALLAH? Contohnya :

Status-status kat Facebook

Status 1 - SIAL lah... Hujan pulak, tak pasal2 basah baju aku.
(setakat baju basah kecoh, kalau kemarau cammana? bukankah hujan itu rahmat)

Status 2 - Ya Allah, kenapa lah kau uji aku mcm ni? aku dah tak sanggup ni.
(Allah maha mengetahui dan Allah PASTI takkan berikan ujian pada hambanya jika hambanya tak larat tanggung ujian itu)

Status 3 - Sapa lah jadi kan kau ni, bangang sangat.. kan lebih baik kau dijadikan babi jer!!!!!
(suka2 jer hina ciptaan Allah)

Dan banyak lagi.... korang renung2kan lah.


P/S = Ini belum saya dedahkan status2 yg secara tak sengaja membuka rahsia rumahtangga dan mengaibkan sang suami mahupun sang isteri... Insyaallah akan didedahkan... takpun korang dedahkanlah, pastu PASE kat wall FB saya (",) mcm status yg berbunyi "SUAMI AKU, KALAU AKU CAKAP APA PUN DIA IKUT" (melambangkan dia kawin ngan suami yg bodoh dan dia bodoh kawen ngan org bodoh).... OPSSS.... terlepas sikit..heeeee

Wallahualam

Wednesday, September 7, 2011

ADAKAH ARTIS-ARTIS MALAYSIA BERBUDI BAHASA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Situasi yg tak patut berlaku TAPI kadang2 berlaku :-

Situasi 1

Mak : Mat tolong gi kedai belikan santan.

Mat : Alah mak... jap lagi lah

---Tiba2 telepon Mat berdering..... kring kring kring (sebenarnya bunyi lagu Micel Jekson)

Awek : Hello... awak kat mana tu?

Mat : Saya kat umah ni, naper?

Awek : Awak leh amik saya kat Komuter tak?

Mat : Awak jgn risau... sebelum sempat awak kelip mata, saya dah ada kat depan mata awak.

(Pergh..!!!! sebelum sempat kelip mata tu... apa dia ingat syurga bawah telapak kaki awek dia ker?)


Situasi 2

(Mat baru mengeluarkan duit gaji di mesin ATM ditemani Aweknya, Tiba2 mata Mat terpandang "Tabung Derma Anak Yatim")

Mat : cuba awak tgk tu... entah betul ker tidak tu.... entah2 tipu.

Awek : tak baik awak sangka buruk camtu, bagilah sikit kalau taknak bagi banyak pun.

Mat : saya baru jer nak bagi tadi, pastu awak suruh lak, terus saya rasa mcm tak ikhlas jer nak bagi, daripada tak ikhlas baik saya takyah bagi.

---(mereka berdua terus beredar dari situ, menuju pasaraya)


Situasi 3

---(Mat dan Aweknya berlegar2 di dalam pasar raya, tiba2 mat ternampak "KARAOKE BOX")

Mat : cuba awak tgk tu... ni lah salah satu tempat yg merosakkan org muda skrg. (baik pulak budak Mat ni)

Awek : tak baik awak cakap camtu, kalau saya cakap saya nak pegi situ cam mana?.

Mat : kalau awak ajak apa salahnyer... jom lah. saya tau, niat awak baik, sajer nak senaman tekak kan. heeeee. jom saya belanja.

Awek : betulker awak nak belanja?

Mat : betullah... saya Ikhlas ni.

(kemain IKHLAS yer kau Mat, TADI derma anak Yatim kau kata tak Ikhlas.... karaoke Ikhlas pulak... Aduhai Mat)




Gambar ni aku amik kat sebuah Masjid kat Kelana Jaya(Masjid Tabung Haji)

P/S = Jgn malu untuk bercerita perkara2 yg baik, TETAPI malulah utk bercerita perkara2 yg buruk(kutuk orang walaupun perkara itu benar) DAN Jgn malu amik gambar2 yg boleh mendatangkan FAEDAH, TETAPI malulah utk amik gambar2 yg menyumbang kita ker NERAKA seperti gambar (lucah/blue/seksi/gairah/berahi).

Wallahualam



Wednesday, August 24, 2011

PeRsOaLaN & JaWaPaN




~ Persoalan & Jawapan ~

Lelaki British




  • Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?
Lelaki Muslim




  • Saya nak tanya..Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?

Lelaki British



  • Sudah tentu tidak kerana hanya org2 tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam dengan Queen Elizabeth.
Lelaki Muslim



  • (tersenyum)Wanita Islam adalah RATU di dunia dan ratu tidak brsalam dengan lelaki asing (Bukan mahram)...









Tuesday, August 16, 2011

Sembahyang tak tinggal tapi perangai mcm SIAL

بسم الله الرحمن الرحيم


Kisah 3 Sekawan yg diberi nama MAT, MIN dan ABU.

MAT : Aku rasa bermula Ramadhan ni aku taknak tinggal solatlah min.

MIN : Alah Mat....kau cakap jer lebih, tgk mcm Abu tu... solat mmg tak pernah tinggal, tapi perangai lebih teruk dari kita.

MAT : Yer tak yer jugak yer.... tapi semalam aku dgr Tazkirah Ramadhan, ustaz tu ckp org yg solat akan jadi org yg baik.

MIN : Kita yg tak solat ni pun baik ape??? kalau org yg solat tu boleh jadi baik.... Abu tu mesti lebih baik dari kita.


MAT tidak meneruskan perbualan sbb TERINGAT dgn kata2 ustaz,
"Jika kita sedang berbual/bersembang dgn org yg selalu berdalih untuk BERUBAH menjadi baik, lebih baik kita senyap, sbb dikuatiri kita pun terikut dgn dia TAKNAK BERUBAH menjadi baik"

selingan .... MAT, MIN dan ABU adalah nama samaran yg mudah untuk di taip (",)

Persoalan??? - betul ker kalau org yg solat akan jadi baik seperti apa yg didengar oleh Mat pada Tazkirah Ramadhan..????

Jawapan : Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 25
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


SEMBAHYANG TAK TINGGAL TAPI PERANGAI MCM SIAL = INI KERANA SOLAT MEREKA TAK BETUL...!!!!!

MENGAPA SOLAT MEREKA TAK BETUL = SALAH SATU SEBABNYA BACAAN AL-FATIHAH TAK BETUL

Belajar tu bukan dgn USTAZ google tau... BUKAN JUGA dgn org yg selalu taip pasal agama kat blog ni(mcm akulah) BELUM TENTU BETUL. Rajin2 lah gi masjid dgr Tazkirah... Jgn jadi mcm Min.

Wallahualam.



Gambar di ambil drpd Kitab yg bertajuk RAHSIA AL-FATIHAH oleh Ustaz Ismail Kamus Terbitan Darulnuman

P/S = Tolong doakan aku supaya apa yg aku taip kat bloq ni bukan ajaran2 yg menyesatkan.

Thursday, August 11, 2011

ALLAH BERADA DIMANA? (Usah tertipu dgn wahabi)


بسم الله الرحمن الرحيم


KISAH NI AKU TERJUMPA DALAM SIMPANAN "MICROSOFT WORD" YG ADA KAT "MY DOCUMENT" AKU. HARAP KALIAN BACA SAMPAI ABIS.... JGN SKIP OK, SBB TAKUT SALAH FAHAM..... WALAUPUN AGAK PANJANG, TAPI TOLONG LAH BACA DRPD PERENGGAN KE PERENGGAN YG LAIN. TOLONGLAH BACA WEI..!!!!!

UNTUK ORG YG MMG DAH ADA NIAT(MALAS) NAK BACA SAMPAI ABIS(SILA BACA HURUF YG TULISAN TEBAL. Eh apa pasal aku taip guna "CAPS LOCK" ni?. ok.... kita berbalik pada cerita asal, utk org yg mmg rasa malas nak baca samapai abis..... aku nak bagi tahu korang semua. Bahawa ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.Sekali lagi nak bagi tau ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.Dan kali ketiga kalinya nak bagi tau ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT..!!!!!!



Dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”


“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

Lagi bacaan penting berkenaan AKIDAH ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT, anda cuba amik tetikus anda, tekan tetikus anda yg belah kiri kat sini.

Ustaz Azhar Idrus ada terangkan secara ringkas dan padat disini

Wednesday, August 10, 2011

BERAK VS MAKAN

Ikutilah perbualan seorang Bos yg sporting dgn drivernya, kisah yg menceritakan berkenaan Berak VS Makan

Situasi Pertama, Perjalanan Bos dari Kuala Lumpur yg ingin menghadiri meating penting di Ipoh. Tajuknya "MAKAN"

BOS : Hentian Tapah dah dekat ni, saya ingat saya nak singgah pegi makanlah. PERUT SAYA LAPAR GILA NI.

DRIVER : Saya rasa elok kita berhenti makan di Ipoh jer, sbb takut nanti lewat lak bos masuk meeting nanti.

BOS : Yer tak yer jugak ek, nasib baik awak ingatkan saya. Takperlah saya TAHAN LAPAR.




Situasi Kedua, Perjalanan Bos dari Kuala Lumpur yg ingin menghadiri meating penting di Ipoh. Tajuknya "BERAK(buang air besar)"

BOS : Hentian Tapah dah dekat ni, saya ingat saya nak singgah pegi buang air besarlah. PERUT SAYA DAH MEMULAS GILA NI.

DRIVER : Saya rasa elok kita berhenti buang air besar kat di Ipoh jer, sbb takut nanti lewat lak bos masuk meeting nanti.

BOS : Kepala hotak kau..!!!! kau ingat kalau "Benda" ni nak kuar boleh tahan-tahan ker???!!!!!

P/S = Benda(makanan) yg nak masuk dalam badan kita, mmg kita boleh tahan. TAPI kalau benda(taik) yg nak kuar dlm badan kita, mmg takleh tahan beb. (",) TAPI pernah tak kita bersyukur pada Allah sesudah diberi NIKMAT buang air besar.????? (,")

Oleh itu mintalah pada Allah utk dilindugi daripada Syaitan sebelum masuk tandas. DAN jgn lupa juga Bersyukur pada Allah setelah keluar drpd tandas.


DOA MASUK TANDAS





DOA KELUAR TANDAS