Showing posts with label 24jam Bersama Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label 24jam Bersama Rasulullah SAW. Show all posts

Friday, April 13, 2012

SALAM CIUM TANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

ANAK CIUM TANGAN AYAH KE??? AYAH CIUM TANGAN ANAK???


Situasi Pertama (Anak Cium tangan ayah), sila lihat dan baca gambar kat bawah ni :

Gambar di ambil dari majalah Solusi



Situasi KeDua (Ayah Cium tangan anak), sila lihat dan baca gambar kat bawah ni :

Gambar di ambil dari majalah Solusi

maka kedua-dua pun boleh, cuma situasi kedua jarang kita lihat (",)

Wallahualam

Tuesday, February 21, 2012

Bangun Tidur - 24jam Bersama Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

BANGUN TIDUR

1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan ini digalakkan berdasarkan :

Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 183.


2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.

Doa Bangun Dari Tidur


3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.


4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.


5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.


Sumber : Kumpulan doa, Zikir dan Amalan Seharian Nabi Muhammad SAW. Judul asal, Akhtar Min Alf Sunnah Fi Al-Yaum Wa Al-Laylah, - Syeikh Khalid Al-Husaynaan

Walahualam