Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Sembahyang tak tinggal tapi perangai mcm SIAL

بسم الله الرحمن الرحيم


Kisah 3 Sekawan yg diberi nama MAT, MIN dan ABU.

MAT : Aku rasa bermula Ramadhan ni aku taknak tinggal solatlah min.

MIN : Alah Mat....kau cakap jer lebih, tgk mcm Abu tu... solat mmg tak pernah tinggal, tapi perangai lebih teruk dari kita.

MAT : Yer tak yer jugak yer.... tapi semalam aku dgr Tazkirah Ramadhan, ustaz tu ckp org yg solat akan jadi org yg baik.

MIN : Kita yg tak solat ni pun baik ape??? kalau org yg solat tu boleh jadi baik.... Abu tu mesti lebih baik dari kita.


MAT tidak meneruskan perbualan sbb TERINGAT dgn kata2 ustaz,
"Jika kita sedang berbual/bersembang dgn org yg selalu berdalih untuk BERUBAH menjadi baik, lebih baik kita senyap, sbb dikuatiri kita pun terikut dgn dia TAKNAK BERUBAH menjadi baik"

selingan .... MAT, MIN dan ABU adalah nama samaran yg mudah untuk di taip (",)

Persoalan??? - betul ker kalau org yg solat akan jadi baik seperti apa yg didengar oleh Mat pada Tazkirah Ramadhan..????

Jawapan : Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 25
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


SEMBAHYANG TAK TINGGAL TAPI PERANGAI MCM SIAL = INI KERANA SOLAT MEREKA TAK BETUL...!!!!!

MENGAPA SOLAT MEREKA TAK BETUL = SALAH SATU SEBABNYA BACAAN AL-FATIHAH TAK BETUL

Belajar tu bukan dgn USTAZ google tau... BUKAN JUGA dgn org yg selalu taip pasal agama kat blog ni(mcm akulah) BELUM TENTU BETUL. Rajin2 lah gi masjid dgr Tazkirah... Jgn jadi mcm Min.

Wallahualam.



Gambar di ambil drpd Kitab yg bertajuk RAHSIA AL-FATIHAH oleh Ustaz Ismail Kamus Terbitan Darulnuman

P/S = Tolong doakan aku supaya apa yg aku taip kat bloq ni bukan ajaran2 yg menyesatkan.

Saturday, October 23, 2010

HATI-HATI MEMBACA AL-FATIHAH


BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


diambil dari http://www.facebook.com/note.php?note_id=158509367502423&id=133602259989612