Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

APA ITU RIBA? BEST KER RIBA' NI? KENAPA RIBA' TU DOSA?

copy bulat2 dari IBNU MUSLIM

Hukuman Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
“Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh :
“ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bersambung...

Sumber: zaharuddin.net

Friday, October 28, 2011

SOLAT TAHIYATUL MASJID KE DENGAR KHUTBAH?



Sebenarnya ni Entry yg dah lama saya buaT, Namun kali ini enTry ini ToTally dah berubah wajah dan Tajuknya. Mengapa berubah sebab kisahnya. Ada seorang sahabaT saya menegur berkenaan no hadis muslim dalam enTry ini(enTry dahulu). Dan seTelah saya semak semula di http://lidwa.com/app/ mmg nombor hadis yg saya taip di(enTry dahulu) adalah SALAH. ITulah bukTinya yg pernah saya bagi Tau dulu,

"Apa yg saya Taip bukan semesTinya beTul, sila rujuk pada Ulama' yg lebih arif. Dan juga jangan berguru dgn Ustaz Youtube dan Ustaz Google semaTa2. Terima Kasih pada sahabaT saya yg bernama Mundzir Rozhan. I LUV U BRO (",)




Sahih Muslim 1449

Wallahualam

Thursday, August 18, 2011

BENDERA DAN PANJI ISLAM (BERSATULAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU)

بسم الله الرحمن الرحيم
TAHUKAH ANDA? KITA(ORANG ISLAM) MEMPUNYAI BENDERA?


AR-RAYAH (PANJI HITAM)


AL-LIWA (BENDERA PUTIH)

Rayahnya (panji peperangan) Rasulullah SAW berwarna hitam, sedangkan Liwanya (benderanya) berwarna putih.
(Riwayat Thabrani, Hakim, dan Ibnu Majah)


Panji Rasulullah SAW berwarna hitam, berbentuk segi empat dan kainnya dari kain wol.
(Riwayat Tarmizi)


AL-LIWA (BENDERA PUTIH) adalah lebih besar drpd AR-RAYAH (PANJI HITAM) yg berukuran kecil.

AL-LIWA (BENDERA PUTIH) adalah bendera Negara Islam yg menunjukkan kedudukan KHALIFAH(ketua), dan ia akan dibawa mengikut dimana pergerakan kedudukan Khalifah.

AR-RAYAH (PANJI HITAM) adalah panji-panji yg akan diserahkan oleh KHALIFAH kpd pemimpin peperangan atau komander-komander peperangan yg lain.

Bendera dan panji-panji ini lah yg akan membebaskan negara-negara islam drpd cegkaman musuh Islam.

Bendera dan panji-panji ini jugalah yg akan membebaskan bumi para ambia' (Palestin) drpd terus dijajah oleh Zionis Yahudi Lahanatullah.

Dan ia jugalah akan MENYATUKAN seluruh umat islam didunia ini tak kira dimana berada tak kira bangsa atau negara yg akan berada dalam satu khilafah membebaskan Masjidil Aqsa dan menjadi bendera Negara Khilafah yg dijanjikan Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Wallahualam



Wednesday, July 20, 2011

Doa Rasulullah

Aku selalu rasa cemburu dgn kawan2 aku yg mempunyai akhlak yg baik, kalau bercakap tersusun rapi, tak sombong, kata2 yg keluar tak ada yg kotor...

Kalau bersembang dgn kawan mcm ni tenang jer..... aman jer.... selalu rasa seronok lepak dgn org yg akhlak yg baik ni... rasa sejuk jer....

Kebiasaan org mcm ni, sikap dia kompem rendah diri. Org sekeliling suka bila dia ada.

aih... mmg aku nak sgt punya akhlak yg baik ni..... baru lah kita mencontohi Rasulullah SAW... Baginda adalah MENTOR/IDOLA kita yg TERBAIK...!!!!!!

Kat bawah ni adalah SALAH SORANG kawan aku yg mempunyai akhlak yg baik(pandangan peribadi aku)... sebenarnya ramai lagi... kalau korang nak tau....dia ni masih bujang... nama dia ZED, dia ni mmg baik (Zed jgn marah sbb aku puji kau) heeeeee

P/S = Adalah menjadi KEWAJIPAN bagi mereka yg menunaikan solat mempunyai AKHLAK yg TERBAIK (",)


Gambar seorang sahabatku berhampiran Masjid Zahir (Alor Setar)

Baginda Rasullulah SAW selalu berdoa :
"Ya Allah, perelokkan rupa paras dan akhlakku."
Hadis Riwayat Ahmad - rujukan Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih m/s XXII


Monday, June 6, 2011

DOSA BESAR@JENIS-JENIS JUDI

Judi Adalah Haram

Di sisi para fuqaha, judi dikenali sebagai Al-Maisir dan Al-Qimar. Ia bermaksud permainan yang mengandung unsur taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut[1].

Judi adalah haram dalam Islam. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut;

  1. Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam.
  2. Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.
  3. Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan.
  4. Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.
  5. Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk dari berjudi.
  6. Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.
  7. Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar meninggalkannya sebagai penegasan.
  8. Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperinthkan oleh Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika melakukannya.

Oleh itu, pengaharaman judi adalah sesuatu yang tsabit dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. Ertinya dalam apa jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain.

Apa yang tidak tsabit secara qat’ii ialah bentuk-bentuk permainan yang dikategorikan sebagai judi. Dalam aspek ini sememangnya terdapat khilaf dikalangan ulama kerana permainan selalunya berkembang dari masa ke semasa dan berbeza-beza antara dahulu dan sekarang dan antara kalangan kaum.

Cukup Bagi Kita Al-Quran

Oleh kerana itu pendirian seorang muslim dalam persoalan judi ialah untuk menerima ketentuan Allah taala dengan yakin akan keburukan judi. Walau pun terdapat pelbagai hujah dan kajian saintifik yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi menjustifikasikan judi samada untuk tujuan ekonomi, sosial dan lain-lain.

Babi tidak akan boleh menjadi halal walau pun para saintis dapat membuktikan faedah yang ada padanya. Begitulah juga judi.

Seorang muslim wajib menolak judi dan membanterasnya walau pun ia tidak lihat atau belum lihat tanda-tanda negatif dari perbuatan judi.

Keimanan kita terhadap Allah taala dan kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah cukup bagi menolak judi samada sikit atau banyak, untuk tujuan peribadi atau manfaat sosial. Ini sejajar dengan firman Allah taala yang bermaksud

“Alif Lam Mim, (Al-Quran) itu adalah kitab yang tiada keraguan padanya dan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 1-2)

“Demi tuhankau (Muhammad), sesungguhnya mereka belum beriman sehingga mereka menjadikan kau sebagai hakim dalam perkara yang mereka berselisih dan tidak merasa keberatan atas apa yang kamu putuskan dan menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa’ : 65)

Walau pun begitu, ini tidak bermaksud untuk menghalang umat Islam dari membuat pelbagai kajian berkaitan judi secara objektif. Seperti kajian mengenai kesan judi terhadap masyarakat, individu dan psikologi penjudi.

Hari ini judi sudah menjadi satu amalan sosial yang biasa. Ia bahkan menjadi satu industri tersendiri yang memberi pekerjaan pada ratusan tenaga manusia, pendapatan bilion dolar bagi pemerintah dan syarikat judi, sumbangan bilion dolar juga kepada kerja kemasyarakatan. Begitu besar manfaat ini, sehingga ia mengaburi mata dan menggoncang keyakinan adakah benar judi itu hina dan tidak baik?

Dalam hal ini suka dipertegaskan bahawa Islam tidak menafikan kewujudan manfaat dari judi. Namun judi tetap diharamkan bukan kerana ia tidak ada faedah tetapi kerana mudarat yang timbul dari berjudi lebih besar dari faedah yang boleh diraih. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Al-Baqarah : 219.

Ini tidak akan berubah walau pun pada hari ini ramai yang berjudi secara suka-suka atau kecil-kecilan dan judi yang diinstitusikan tidak pula mencetus permusuhan, pergaduhan dan ibadah kepada Allah taala.

Antara Permainan & Judi

Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;

  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.

Berdasarkan ini, para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.

Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.” Ini berdasarkan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu dan beliau menang dalam pertandingan[2].

Di dalam sebuah hadits juga diriwayatkan dari Anas

“Ditanyakan kepada Anas Apakah kamu bertaruh di masa Rasulullah s.a.w? Apakah Rasulullah s.a.w bertaruh? Anas menjawab Ya, beliau telah mempertaruhkan seekor kuda yang dinamakan Sabhah, lalu taruhan itu dimenangkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau senang terhadap hal itu dan mengaguminya.” (Riwayat Ahmad)

Apa jua permainan yang apabila seorang di antara yang bertaruh menang lalu mendapatkan taruhan itu sedang bila kalah maka dia berhutang kepada temannya dianggap sebagai judi yang diharamkan[3].

Loteri Adalah Judi

Berkaitan dengan loteri dan permainan 4D atau TOTO pada hari ini, Muhammad Abduh berpendapat bahawa walau pun permainan seperti ini mempunyai ciri-ciri

  • Tidak menimbulkan permusuhan, kebencian dan tidak menghalangi pembelinya dari perbuatan mengingat Allah taala dan mendirikan solat kerana para pembeli permainan-permainan ini tidak berkumpul di satu tempat, bahkan mereka berada dijarak yang jauh dan berlainan dari tempat perlaksanaan permainan.
  • Dalam bermain permainan ini juga, pembeli tidak terhalang dari berzikir dan bersolat berbeza dengan mereka yang menghadap meja judi kerana berjudi.
  • Para pembeli tidak mengetahui orang yang memakan hartanya berbeza dengan judi biasa.

Namun, mengikut Muhammad Abduh, dalam pelaksanaannya undian loteri (juga 4D dan TOTO – penulis) ini terdapat akibat-akibat buruk seperti yang juga terdapat pada jenis judi yang lain adalah kenyataan bahawa perlaksanaan undian loteri ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah iaitu tanpa balasan yang jelas seperti pertukaran harta itu dengan benda lain atau dengan satu jasa. Cara-cara ini diharamkan oleh Islam[4].

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis bahawa apa yang sekarang ini dinamakan dengan ‘loteri’ adalah semacam cabang dari perjudian juga, yang mana tidak seharusnya dipandang remeh serat membolehkannya atas nama badan bantuan sosial dan kerana tujuan-tujuan kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana tujuan-tujuna yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan kerana tujuan-tujuan khairat dnegan mengadakan majlis-majlis joget dan pertunjukan seni yang haram. Sebaik-baiknya kita katakan kepada orang ini sebagaimana yang disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja” (Riwayat Muslim)[5]

Lumba Kuda Dalam Islam

Islam menggalakkan umatnya beriadah dengan berkuda. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)!” (Riwayat Muslim)

“Kuda itu ada tiga macam. Kuda yang dimaksudkan untuk Allah, kuda yang dimaksudkan untuk manusia dan kud ayang dimaksudkan untuk syaitan. Adapun kuda yang dimaksudkan untuk Allah, ialah kuda yang disediakan untuk berperang pada jalan Allah, maka makanannya, tahinya, lalu beliau sebut lagi bermacam-macam (semuanya ada kebaikannya). Adapun kuda yang disediakan untuk syaitan, itulah kuda yang disediakan untuk berjudi dan untuk pertaruhan. Adapun kuda yang disediakan untuk manusia, itulah kuda yang dipelihara manusia untuk dibiakkan, maka itu adalah untuk menutup diri dari kemiskinan.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dalam konteks hari ini, permainan Polo dan equestrian sebagai satu riadah dibolehkan dalam Islam. Perlumbaan menunggang kuda juga dibolehkan jika sebagai satu pertandingan yang mana pemenangnya mendapat hadiah dari pihak ketiga bukan dari taruhan para pelumba. Yang haram ialah perbuatan bertaruh dan menikam oleh para penonton bagi menentukan kuda yang menang.

Oleh kerana perlumbaan kuda hari ini diwujudkan tidak lain kecuali untuk menarik taruhan dari masyarakat umum, maka secara umum perlumbaan kuda hari ini menjadi haram kerana tujuannya yang menyimpang. Ini sejajar dengan hadits yang dinyatakan di atas.

Tikam Bola Juga Judi

Tidak syak lagi bahawa permainan menikam keputusan pertandingan bola di Liga S juga adalah judi. Maka ia adalah haram dalam Islam.

Cabutan Bertuah = Judi?

Cabutan bertuah yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat bagi menggalak penjualan barangannya atau yang dianjurkan oleh badan-badan bagi mengumpul dana atau yang diadakan dalam majlis-majlis tertentu tidak dianggap sebagai judi. Ini kerana tiada pertaruhan antara pemegang tiket cabutan bertuah berkenaan. Cabutan bertuah bagi tujuan perdagangan, pembeli telah mendapat manfaat wangnya dengan memperolehi barangan yang diberi.

Cabutan bertuah itu hanyalah satu janji peniaga / pengumpul dana untuk memberi hadiah kepada mereka yang membeli barangannya atau yang telah menderma, sebagai tanda terima kasih dan bagi galakan. Oleh kerana ramai yang memenuhi syarat bagi menerima hadiah yang dijanjikan, maka undi dibuat bagi menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hadiah yang terhad jumlahnya.

Cabutan bertuah melalui undi yang tidak mengandungi kerosakan sama sekali bahkan mengandungi manfaat seperti cabutan bagi kuiz berhadiah dan promosi perdagangan dibenarkan[6].

Membuat keputusan secara mengundi seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam. Dalam sebuah hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila ingin bermusafir mengundi isteri-isterinya untuk menentukan siapa yang akan mengikutinya.

Penggunaan Wang Hasil Judi

Wang hasil judi haram dimanfaatkan oleh pemenang judi atau sesiapa yang menerima pemberian dari wang berkenaan. Apa yang boleh dilakukan ialah wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul-Mal. Wang ini menjadi milik Baitul-Mal untuk digunakan bagi faedah umum kaum Muslimin.

Derma dari hasil yang sedemikian jika digunakan untuk membina masjid hukumnya adalah makruh dan amalannya itu tidak merupakan satu kebajikan kerana Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud

"Sesungguhnya Allah itu Suci, tidak menerima melainkan yang suci.”(Riwayat Muslim)

Akan tetapi, ibadat seseorang serta fardu jemaahnya di dalam masjid itu adalah sah[7].

Kesimpulan

Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu, Islam mengharuskan hiburan dan pelbagai permainan. Mengikut prinsip hukum Islam, apa jua hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang menjadikannya haram.

Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi.

Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.

Islam bertujuan untuk menjaga harta manusia dari musnah dan diambil secara salah. Sedangkan judi memusnahkan harta penjudi dan membuka pintu untuk mengambil harta orang lain melalui untung nasib semata-mata.


rujukan :

Thursday, May 19, 2011

SAYA SUKA TENGOK CERITA LUCAH@BLUE@PRONO@XXX@SEX

Gambar sekadar hiasan yg penuh makna



Kisah ini mungkin kisah BENAR yg mungkin anda pernah lihat dan mungkin juga anda pernah baca dan mungkin anda pernah dengar.... Kisah tersebut mungkin ada pengajaran buat anda...... DAN MUNGKIN CERITA TERSEBUT ADALAH KISAH HIDUP ANDA..!!!!!!!

Tiada Gambar untuk di letakkan (",)

Dulu saya teruk, dan kini Alhamdullillah, kenal sedikit agama (pergh... dah macam nukilan adik aku lak). Tapi masaalah BESAR bagi saya dulu saya suka tengok filem lucah. (saya tu bukan aku tau). Sudah jadi tabiat saya.... dan saya pun bertanya pada seorang Ustaz

Saya : Ada tak doa2 untuk menghilangkan TABIAT saya ni dan doa2 untuk menghilangkan NAFSU jahat saya ini ustaz?????

Jawab Ustaz TERSEBUT

Ustaz : Kuncinya Allah.... "Allah Cipta Kamu Dan Perbuatan Kamu". Mula2 mintak pada Allah(Hakikat dulu) dahulu barulah ikhtiar cara lain.... BERDOALAH supaya di lindungi daripada sifat2 yg BURUK.

DAN amalkanlah petua yg Rasullulah S.A.W "Fa alaikum bis siam" yg bermaksud AJARLAH DIRI kamu BERPUASA....

PUASALAH SUNAT dgn niat hendak mengekang nafsu, InsayaAllah PUASA akan jadi PENAWAR untuk sapa2 yg FEBERET tgk blue ni....

Dalam hadis yg lain Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya PUASA ini bagi orang-orang muda itu adalah WIJAQ iaitu PERISAI YG AMAT AMPUH" JADI amalkan puasa sunat..... BUAT sekali tak jadi.... teruskan lagi..... tak jadi lagi... teruskan jugak.... apabila Allah lihat kita bersungguh2, insyaallah Allah akan BERI apa yg kita inginkan itu.

P/S = KALAU TAK TAHAN JUGAK, KAWINLAH.... pegi tgk tu buat apa.... KITA BAKOR jer CD CD yg ada tu....

Thursday, April 28, 2011

DOA SEBELUM TIDUR DAN SESUDAH BANGUN TIDUR

Malam ini kita tidur...... adakah pagi esok kita akan terjaga....????? mungkin kita akan terus tidur(mati) dan akan terjaga(bangkit) dan dialam lain.... RENUNG2KAN.........

• Sebelum Tidur Bacalah Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Bacalah Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Saturday, January 22, 2011

Harta HARAM...!!!



Gambar Sekadar Hiasan



HUKUM BARANG JUMPA

Bayangkan di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik pun tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa dikethaui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Nabi menyatakan :

من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء

Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )

Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101).


Demikian amaran Nabi Muhammad :

يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام

Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)

Sunday, January 16, 2011

KEDUA-DUA TELINGA ADALAH TERMASUK DALAM KAWASAN KEPALA


Gambar Sekadar Hiasan

Rasulullah SAW bersabda "Kedua telinga adalah daripada kepala." [1] Cara menyapu kepala ialah dgn meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu kedua-dua jari TELUNJUK digunakan utk membersihkan bahagian DALAM telinga manakala kedua-dua IBU JARI pula digunakan untuk membersihkan BELAKANG telinga [2]

[1] Sunan Abi Daud : 134
[2] Sunan Abi Daud : 135

Wednesday, December 8, 2010

QUNUT NAZILAH buat GAZA,PALESTIN

Gambar Untuk Kesedaran


“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniya dan janganlah menghinanya. Taqwa tempatnya disini! Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim. Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” (Muslim)

Tangan saya terus kaku, tidak tahu apa yang saya boleh coretkan. Setiap kali saya ingin menulis tentang PALESTIN setiap kali saya harus mengelap air mata yang terus-terusan mengalir. Mari sama-sama kita doakan keselamatan rakyat PALESTIN dengan membaca doa Qunut Nazilah ini.

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Didalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim dinyatakan ,Rasulullah saw pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah. Maka atas dasar ini kita juga harus terus-terusan mendoakan saudara kita di PALESTIN dengan qunut Nazilah ini. Boleh dilakukan dalam solat selepas ruku. “Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad s.a.w membacakan qunut sesudah ruku” (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal daripada Abu Hurairah)

Wednesday, November 24, 2010

SEDERHANA ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN

Dari Abu Umamah katanya : Pada suatu hari para sahabat bercakap-cakap di hadapan Rasulullah S.A.W mengenai perkara dunia. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : Tidakkah kamu dengar? Tidakkah kamu dengar? Sesungguhnya sederhana itu sebahagian dari iman (H.R. Abu Daud)

Keterangan : Maksud dari hadith ini ialah jgn ada sifat 'takalluf' (cerewet). Hindari dari perkara-perkara yg tidak perlu.

Monday, October 18, 2010

HADITH QUDSI TENTANG PUASA

"Firman Allah Ta'ala:
Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu,
dan Aku akan memberi balasan dengannya.
Dan puasa itu perisai,
maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki,
mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan;
maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya,
hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa."

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday, October 6, 2010

MENGUCAP SALAM ITU SUNNAH MENJAWAB SALAM ADALAH WAJIB

Sangat banyak dalil yang menunjukkan bahwa mengucapkan salam adalah sunnah. Diantaranya adalah, hadist:

“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam. Beliau ditanya, ‘Apa itu ya Rasulullah?’
Beliau menjawab, ‘Jika ia bertemu dengannya maka hendaklah ia mengucapkan salam kepadanya…’” (HR Muslim)

Dalil mengucapkan salam juga ditunjukkan dengan tindakan verbal Rasulullah beserta sahabat sahabatnya. Dan kepopuleran masalah ini membuat kita tidak perlu menyebutkan lagi teks (dalil).
Adapun menjawab salam adalah wajib. Kewajiban ini bersifat aini (individual) dan jika tidak dikerjakan maka ia berdosa. Dalil yang menunjukkan hal tersebut sangatlah banyak. Antara lain firman Allah:
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu” (QS An Nisaa’: 86)

Ibnu Hazm, Ibnu Abdil Bar dan Syeikh Taqiyuddin menyebutkan adanya ijma’ para ulama atas kewajiban menjawab salam. Jika seseorang mengucapkan salam kepada sejumlah orang, maka apabila semuanya menjawab itu lebih baik. Namun apabila dijawab oleh salah seorang dari mereka, maka yang lain telah gugur kewajibannya dan tidak berdosa.

Ali bin Abi Thalib pernah berkata, ‘Apabila sejumlah orang berjalan, maka cukuplah salah satu saja yang mengucapkan salam. Dan apabila sejumlah orang duduk, maka cukup salah satu saja yang menjawab salam’ (HR Abu Dawud)

Thursday, September 30, 2010

Puasa Isnin dan Khamis

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.
(Hadis Riwayat - Tirmizi)

Wednesday, September 29, 2010

Kewajipan Nahi Munkar (mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleg syarak)

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan TANGANnya. Jika ia tak sanggup, maka dengan LIDAHnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan HATInya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim)


Monday, September 27, 2010

FADHILAT MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud barang siapa yg menghadiri majlis ilmu lebih afdal daripada :
  • Mendirikan solat sunat 1000 rakaat.
  • Menziarahi 1000 orang pesakit.
  • Menghantar 1000 jenazah ke tanah perkuburan.
(Riwayat At-Tarmizi)