Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

SAYA SUKA TENGOK CERITA LUCAH@BLUE@PRONO@XXX@SEX

Gambar sekadar hiasan yg penuh makna



Kisah ini mungkin kisah BENAR yg mungkin anda pernah lihat dan mungkin juga anda pernah baca dan mungkin anda pernah dengar.... Kisah tersebut mungkin ada pengajaran buat anda...... DAN MUNGKIN CERITA TERSEBUT ADALAH KISAH HIDUP ANDA..!!!!!!!

Tiada Gambar untuk di letakkan (",)

Dulu saya teruk, dan kini Alhamdullillah, kenal sedikit agama (pergh... dah macam nukilan adik aku lak). Tapi masaalah BESAR bagi saya dulu saya suka tengok filem lucah. (saya tu bukan aku tau). Sudah jadi tabiat saya.... dan saya pun bertanya pada seorang Ustaz

Saya : Ada tak doa2 untuk menghilangkan TABIAT saya ni dan doa2 untuk menghilangkan NAFSU jahat saya ini ustaz?????

Jawab Ustaz TERSEBUT

Ustaz : Kuncinya Allah.... "Allah Cipta Kamu Dan Perbuatan Kamu". Mula2 mintak pada Allah(Hakikat dulu) dahulu barulah ikhtiar cara lain.... BERDOALAH supaya di lindungi daripada sifat2 yg BURUK.

DAN amalkanlah petua yg Rasullulah S.A.W "Fa alaikum bis siam" yg bermaksud AJARLAH DIRI kamu BERPUASA....

PUASALAH SUNAT dgn niat hendak mengekang nafsu, InsayaAllah PUASA akan jadi PENAWAR untuk sapa2 yg FEBERET tgk blue ni....

Dalam hadis yg lain Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya PUASA ini bagi orang-orang muda itu adalah WIJAQ iaitu PERISAI YG AMAT AMPUH" JADI amalkan puasa sunat..... BUAT sekali tak jadi.... teruskan lagi..... tak jadi lagi... teruskan jugak.... apabila Allah lihat kita bersungguh2, insyaallah Allah akan BERI apa yg kita inginkan itu.

P/S = KALAU TAK TAHAN JUGAK, KAWINLAH.... pegi tgk tu buat apa.... KITA BAKOR jer CD CD yg ada tu....

Monday, October 18, 2010

HADITH QUDSI TENTANG PUASA

"Firman Allah Ta'ala:
Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu,
dan Aku akan memberi balasan dengannya.
Dan puasa itu perisai,
maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki,
mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan;
maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya,
hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa."

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Monday, September 27, 2010

Waktu Haram, Sunat dan Wajib Puasa

Hukum Berpuasa

Haram

Sunnat

Wajib

  • Hari Raya Puasa
  • Hari Raya Haji
  • Hari-hari tasyrik(11, 12, & 13 Zulhijjah)
  • Hari 30 Syaaban
  • Puasa 6 hari pada Sywal
  • Puasa Hari Arafah
  • Puasa 10 Muharam
  • Puasa pada 13,14,& 15 setiap bulan hijrah
  • Puasa Isnin & Khamis
  • Puasa dalam bulanRejab,SyabanMuharram,Zulhijjah& Zulkaedah
    • Puasa bulan Ramadan
    • Puasa Nazar
    • Puasa Qada’


    Tuesday, September 21, 2010

    Bolehkah ??? Gabungkan Puasa Sunat 6 Syawwal & Puasa Qadha

    Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
    Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
    Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
    Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
    1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
    2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
    3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
    كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
    Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
    4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
    Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
    5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
    من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
    Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
    6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
    7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
    ” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
    Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
    Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
    Kesimpulan
    Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
    Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
    Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
    Sekian

    diambil dari http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=148790118489644&id=100000743283926

    Friday, August 13, 2010

    DALIL WAJIB PUASA

    1. Surah Al-Baqarah ayat 183


    Wahai orang yg beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa kpd Allah.


    2.Islam dibina atas 5 perkara: mengucap dua kalimah Shahadah, mendirikan Solat, menunaikan zakat, Puasa di bulan ramadhan dan mengerjakan Haji (H.Muslim)

    Thursday, August 5, 2010

    APAKAH ERTI PUASA?

    Apakah erti puasa?

    Daripada segi bahasa, Puasa adalah meninggalkan makan dan minum sepanjang hari. Daripada segi ISTILAH, Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg membatalkan PUASA beserta NIAT.