Showing posts with label Tokoh Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Islam. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Super Pemaaf - AL-AHNAF

Gambar sekadar hiasan


Al-Ahnaf bin Qais, salah sorang sahabat nabi yg mulia. Beliau di gelar Abu Bahr berasal dari bani Tanim. Dia di panggil Al-Ahnar kerana kecacatan kakinya.

Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w Betapa harumnya nama Al-Ahnaf sehingga diumpamakan,

"Lebih lemah-lembut berbanding al-Ahnaf (ahlam min al-Ahnaf)."

Pernah diriwayatkan seorang mengutuk dan mengeji al-Ahnaf.

Lelaki : %^&^(^)*^^(^(^^*^) (kata2 yg begitu kesat)

Al-Ahnaf masih buat dekkkk...jer

Lelaki : ^&%&&%*%(^(^80...tututuu(**$$## (kata2 yg lebih kesat dari yg kesat)

seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri Al-Ahnaf masih buat tak tau....

Lelaki yg memaki mengutuk dan mengeji AL-Ahnaf terus mengikut kemana saja Al-Ahnaf pergi dan terus mengeji dan mengutuknya tanpa jemu.... Al-Ahnaf buat apa????? hanya berdiam tanpa membalas perbuatan lelaki itu.

Tiba2 Al-Ahnaf menghentikan perjalanannya dan berkata

Al-Ahnaf : ada apa2 lagi yg kau nak cakap.... sbb ni dah dekat ngan umah aku ni... kalau nak cakap apa2 lagi.. cakap lah sekarang.... takut dengan kata2 kau tu... jiran2 aku akan menyakiti kau.

DALAM KISAH YG LAIN PULAK

Seorang lelaki mengutuk dan mengji Al-Ahnaf... Beliau diam seribu bahasa... Lelaki tadi tanpa putus asa dan bersemangat terus menghina dan mengutuk Al-Ahnaf. Sehingga tiba masuk makan tgh hari, Al-Ahnaf berkata "Ini makanan tgh hari kami. jom makan bersama kami".

Al-Ahnaf pelawa dgn penuh ikhlas, lelaki yg menghinanya rasa amat malu. Usaha lelaki itu utk menyakiti Al-Ahnaf sia-sia sahaja.

Begitu lah kisah sahabat Nabi yg amat LEMAH-LEMBUT, PEMAAF, TIDAK BERDENDAM dan TIDAK BARAN malah nerkhidmah dalam menghadapi sebarang situasi.

P/S = Bencilah kerana Allah, Marahlah kerana Allah. Jika terasa PERASAAN MARAH membuak2, berfikirlah

"ADAKAH AKU MARAH KERNA ALLAH ATAU MENGIKUT NAFSU AMARAH????"

rujukan SOLUSI isu no 29

Wednesday, November 24, 2010

ABDULLAH IBN SALAM


Ia Mengetahui Sifat Rasulullah dalam Kitab Taurat

Ketika Abdullah Ibn Salam berhadapan dengan Rasulullah, hati dan fikirannya langsung terbuka menyambut seruan Islam. Ia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Abdullah Ibn Salam adalah keturunan dari Yusuf Ibn Ya’qub. Pada masa jahiliyah ia bernama Al-Husein. Tetapi setelah Islam, Rasulullah menggantinya dengan nama Abdullah.

Dalam kitab Taurat, ia telah membaca sifat-sifat Rasulullah dan terus mengingatnya dalam fikiran. Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan ketika Islam memancarkan sinarnya di rumah-rumah kaum Ansar dan kaum Muhajirin, maka penduduk Madinah yang ramai masuk Islam, di antara mereka adalah Abdullah Ibn Salam. Ia datang pada Rasulullah untuk menyampaikan maksud hatinya. Selain itu ia ingin melihat sifat-sifat baginda.

Baru saja ia duduk di hadapan Rasulullah, ia dapat melihat sifat baginda yang sempurna sebagaimana yang telah diberitakan dalam kitab suci Taurat. Maka tanpa ragu-ragu, ia langsung mengucapkan dua kalimah syahadat. Masuknya Abdullah Ibn Salam ke dalam Islam merupakan awal terbukanya topeng rahsia kejahatan Yahudi terhadap Rasulullah dan Islam.

Abdullah Ibn Salam lebih mengetahui sifat-sifat kaum Yahudi yang pengkhianat, penipu dan pembohong. Abdullah hendak memberitahu Rasulullah mengenai akhlak kaum Yahudi, mereka adalah kaum yang menyimpang dari kebenaran, suka berdebat di atas dasar kebatilan, suka menentang seruan para Rasul. Hati mereka selalu memendam tipu daya dan lisan mereka selalu mengatakan kebohongan. Abdulllah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kaum Yahudi itu biasa berdusta, maka jika mereka mengetahui aku masuk Islam, nescaya mereka akan memburuk-burukkan aku di hadapanmu. Kerana itu, utuslah seseorang agar memanggil mereka kemudian tanyakan mereka tentang diriku.”

Rasulullah mengutus seseorang sahabat agar mengundang orang-orang Yaduhi. Ketika beberapa orang Yahudi datang, Abdullah Ibn Salam bersembunyi di ruang lain. Kemudian Rasulullah bertanya kepada mereka: “Wahai kaum Yahudi, bagaimana pendapat kalian tentang Abdullah Ibn Salam?” Jawab mereka: “Ia orang terbaik di kalangan kami dan ia anak orang terbaik. Ia ulama kami dan anak ulama kami. Ia orang terpandai di kalangan kami dan ia anak orang terpandai.”

Kemudian Rasulullah berkata lagi: “Bagaimana pendapat kalian jika ia masuk Islam, apakah kamu akan mengikuti ia masuk Islam?” Jawab mereka dengan keras: “Semoga Allah melindungi ia dari agama Islam.”

Sejenak setelah suasana menjadi hening, tiba-tiba Abdullah Ibn Salam keluar sambil membaca dua kalimah syahadat. Orang-orang Yahudi saling memandang satu dengan yang lain, kemudian mereka berkata: “Abdullah itu orang jahat dan ia anak orang jahat. Ia orang bodoh dan anak orang bodoh.” Abdullah berkata kepada Rasulullah: “Inilah yang aku khuatirkan dari mereka.”

Posisi orang Yahudi di hadapan Rasulullah bagaikan telur di hujung tanduk kerana dalam satu majlis mereka telah mengatakan dua pendapat. Apa pun yang dikatakan mereka tentang diri Abdullah Ibn Salam, setelah Abdullah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan mereka, semua itu tidak menggoyahkan iman Abdullah, bahkan ia semakin teguh beriman dan meyakininya. Ia tetap di jalan Islam.

Sejak saat itu, ia selalu datang ke majlis Rasulullah untuk mendengarkan pengajaran baginda dan menghafal Al-Quran sedikit demi sedikit serta mendalami Islam hingga ia menjadi salah seorang ulama Islam. Ia merupakan tempat kaum muslimin bertanya dan menerima fatwa. Kesaksian yang memperkuat hal itu adalah Mu’adz lbn Jabal kepada kawannya, ketika ia sedang sakit yang menyebabkan kematiannya, iaitu ketika salah seorang kawannya menjenguknya, maka kawan itu menangis manakala melihat keadaan Mu’adz yang sedang sakit kuat. Melihat keadaan itu, maka Mu’adz bertanya: “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Jawab kawan itu: “Kerana ilmu pengetahuan yang kuperoleh darimu, maka siapakah penggantimu kelak?” Mu’adz berpesan: “Bila aku meninggal, maka tuntutlah ilmu dari empat orang ini: “Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Salam, Salman Al-Farisi, dan Abu Darda’.”

Pada suatu malam Abdullah Ibn Salam bermimpi, ia berada di suatu taman, di tengah taman itu terdapat tiang terbuat dari besi. Pangkal tongkat tersebut menancap kuat di bumi. Sedangkan hujungnya menjulang ke langit. Di hujungnya ada tali. Tiba-tiba ia mendengar seseorang berkata: “Wahai Abdullah, naiklah.”

Jawabnya: “Aku tidak boleh.” Tiba-tiba datang seseorang dari belakangnya dan menyorong hingga ia dapat memegang tali tiang itu. Setelah ia mengisahkan mimpinya kepada Rasulullah, Rasulullah bersabda: “Taman itu melambangkan Islam, tiang itu adalah tiang Islam, dan tali itu adalah tali Islam yang kuat. Kamu akan tetap di jalan Islam sampai kamu mati.”

Beberapa sahabat terkemuka mengisahkan keutamaan-keutamaan Abdullah Ibn Salam. Mu’adz Ibn Jabal berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda berkenaan dengan Abdullah Ibn Salam: “Sungguh Abdullah Ibn Salam adalah salah seorang dari sepuluh orang yang telah dijamin masuk syurga.”

Dalam riwayat lain, Sa’ad Ibn Abi Waqqash berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah bersabda berkaitan dengan seseorang dengan ucapan, “Sesungguhnya ia termasuk golongan ahli syurga, melainkan berkaitan dengan Abdullah Ibn Salam.”

Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa firman Allah dalam surah Al-Ahqaf ayat 1 yang ertinya: “Dan seorang Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang tersebut dalam) Al-Quran kemudian ia beriman, sedangkan kamu menyombongkan diri.” Yang dimaksud saksi dari Bani Israil dalam ayat tersebut adalah Abdullah Ibn Salam.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Qais Ibn Ubadah berkata: “Ketika aku duduk di masjid Madinah bersama orang ramai, di antara mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah. Tiba-tiba seseorang datang yang di wajahnya terdapat tanda-tanda kekhusyukan, ia bernama Abdullah Ibn Salam. Ketika melihat dia, salah seorang berkata: “Orang ini termasuk ahli syurga.” Kemudian Abdullah solat dua rakaat, setelah itu ia keluar. Aku mengikutinya sampai ia masuk rumahnya. Maka aku pun ikut masuk rumah di belakangnya. Kemudian aku memberitahukan kepadanya tentang apa yang dikatakan seseorang mengenai dirinya. Ia berkata: “Tidak selayaknya seseorang mengatakan apa yang tidak diketahuinya.”

Abdullah Ibn Salam sangat khusyuk dalam solatnya, alim dan mengerti dalam masalah-masalah agama. Ia hafal Al-Quran dan Taurat. Di majlis Rasulullah ia selalu merendahkan suaranya. Demikian juga dalam kehidupan sehari-hari, ia sangat merendahkan diri. Pada suatu ketika, ia berada di pasar dengan mengangkat seikat kayu bakar; ketika ditanya tentang: “Apa yang menyebabkan kamu membawa kayu bakar di pasar, padahal Allah telah memperkaya kamu tanpa itu?” Jawabnya: “Aku hendak menghilangkan rasa takburku. Kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Seseorang tidak akan masuk syurga jika dalam hatinya ada sebesar biji sawi rasa takbur.”

Demikian itulah pengaruh dasar-dasar Islam dalam peribadi Abdullah. Perilakunya merupakan penerapan dari kitab Allah dan sunah Rasulullah. Maka dari itu, ia tidak pernah ragu-ragu dan ia selalu menjauhkan diri dari hal-hal yang meragukan dan meninggalkan yang samar-samar. Peribadinya selalu mencerminkan akhlak Islam yang luhur. Ia sangat mencintai persatuan kaum muslimin.

Ketika rusuhan di tengah kaum muslimin berkobar dan khalifah Usman Ibn Affan dikepung kaum pemberontak, suasana waktu itu sangat memerlukan seseorang yang bijaksana untuk meredakan kerusuhan sebelum makin menjadi-jadi. Pada saat itulah Abdullah Ibn Salam datang ke rumah khalifah Usman. Ketika khalifah Usman melihat Abdullah Ibn Salam ia bertanya: “Wahai Abdullah Ibn Salam, apa sebab kamu datang kemari?” Jawabnya: “Aku datang untuk mempertahankan dirimu sampai aku mati syahid atau Allah akan memberikan kemenangan bagimu.

Kerana aku melihat mereka akan membunuhmu. Jika mereka membunuhmu, maka hal itu merupakan kebaikan bagimu dan keburukan bagi mereka.”

Usman berkata: “Aku meminta kepadamu kerana hakku atas dirimu, keluarlah kepada mereka.”

Ketika Abdullah keluar, para pemberontak mengira bahawa Abdullah datang dengan khabar gembira bagi mereka. Ternyata Abdullah sendiri di tengah-tengah mereka dan berkhutbah, “Janganlah melawan khalifah dengan membunuhnya. Demi Allah, tidak ada seseorang dari kamu yang membunuhnya kecuali pada hari kiamat nanti pembunuh tersebut akan menghadap Allah dengan tangan terputus dan lumpuh. Ketahuilah bahawa tidak ada hak bagi orang tua atas anaknya, kecuali khalifah ini. Ia mempunyai hak atas kalian. Mendengar ceramah itu, para pemberontak berteriak: “Wahai Yahudi kamu telah berdusta. Kamu telah berdusta.” Abdullah menjawab: “Demi Allah kalian yang berdusta, dan kalian telah berbuat dosa. Aku bukan orang Yahudi dan sungguh aku seorang muslim. Allah mengetahui hal itu, demikian pula Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dalam Al-Quran telah disebutkan bahawa: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu dan antara orang yang mempunyai ilmu al-kitab.”(Al-Ra’d: 43)

Abdullah Ibn Salam diberi Allah umur panjang. Setelah ia tua dan keadaan badannya sudah lemah, ia berkata kepada Salman Al-Farisi, sahabat karibnya: “Siapa di antara kita yang mati lebih dahulu, maka hendaknya ia menyampaikan khabar akhirat kepada yang masih hidup.” Dan Allah telah menghendaki Salman berangkat ke kampung akhirat lebih dahulu. Kemudian pada suatu malam, Abdullah Ibn Salam mimpi bertemu Salman, maka ia bertanya: “Hendaknya kamu selalu bertawakal, kerana aku telah mendapat sesuatu yang mengkagumkan dalam tawakal.”

Pada masa pemerintahan Muawiyah (43 H.), Abdullah Ibn Salam meninggal dunia dalam keadaan redha dan diredai Allah setelah ia menjalani kehidupan yang diwarnai oleh ketakwaan dan disinari oleh cahaya keimanan.


Diambil dari http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah049.html#satu

HATIB IBNU BALTA'AH

Kesalahannya Dimaafkan Rasulullah Kerana Ia Perajurit Badar

Di Makkah ia tidak mempunyai kedudukan yang tinggi kerana ia bukan dari keluarga bangsawan, juga bukan dari keluarga pembesar, bukan hartawan dan bukan pedagang. Tujuan hidupnya yang utama adalah mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan itu telah memberinya kemuliaan dan kehormatan. Di antara penghormatan Rasulullah SAW kepada Hatib iaitu baginda SAW telah mengutus ia agar datang kepada Al-Muqauqis, seorang pembesar suku Qibti dari Mesir, untuk menyampaikan surat Rasulullah yang isinya menyeru pada Al-Muqauqis ke dalam Islam.

Setelah Al-Muqauqis membaca surat baginda tersebut dengan cermat, ia memandang Hatib dan bertanya padanya: “Bukankah sahabatmu itu seorang Nabi?” Jawab Hatib. “Benar, baginda adalah utusan Allah.” Mendengar jawapan Hatib, Al-Muqauqis mengirimkan beberapa hadiah kepada Rasulullah SAW di antara hadiah itu seorang hamba wanita bernama Mariyah Al-Qibtiyah.

Hatib Ibnu Balta’ah adalah seorang penduduk Yaman, ia adalah sahabat kepada Zubair Ibnu Awwam. Ketika ia berhijrah ke Madinah, ia meninggalkan anak dan saudara-saudaranya. Pada masa jahiliyah, ia seorang penunggang kuda yang berani dan penyair ulung. Bait-bait syairnya sering disebarkan oleh para perawi dan dilagukan para kafilah dagang Arab. Ia masuk Islam ketika ia masih muda belia. Dan ia sangat tekun mempelajari syariat Islam dan ajarannya ketika ia masih muda. Selain itu pada perang Badar, ia turut bergabung dalam jihad fisabilillah; dan ia juga ikut bersama Rasulullah pergi ke Al-Hudaibiyah dan menyaksikan “Baiatur Ridwan.”

Pada tahun 8 H. di saat Rasulullah SAW sedang sibuk mempersiapkan penaklukan kota Makkah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah, ketika itu fikiran Hatib gundah gulana. Ia sedih memikirkan anak-anaknya dan keluarganya yang tidak aman daripada penganiayaan kaum Quraisy, kerana di Makkah mereka tidak mempunyai pelindung yang dapat melindungi dan menjaga mereka daripada musuh-musuh Islam. Bisikan-bisikan syaitan selalu menggoda fikirannya hingga ia merasa kalut, dan fikirannya buntu. Maka ia memutuskan akan mendekati kaum musyrikin Quraisy dengan memberitahu pada mereka mengenai rahsia-rahsia kekuatan senjata yang telah dipersiapkan Rasulullah untuk penaklukan besar atas kota Makkah.

Tidak pernah terfikirkan olehnya, bahawa perbuatan itu merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan Rasul-Nya, dan bahawa rahsia askar adalah amanat yang ada di bahu para perajurit. Bila salah satu rahsia sampai dibocorkan, maka perajurit tersebut akan mendapat amarah dari Allah, malaikat-Nya dan semua kaum muslimin, kerana ia membocorkan rahsia kekuatan askar yang akan menghadapkan pasukannya pada bahaya dan sekaligus menghadapkan tanah air pada kebinasaan.

Itulah langkah yang terburuk dalam kehidupan Hatib Ibnu Balta’ah. Ia bertekad untuk memberitahu kaum Quraisy tentang askar Islam yang telah dipersiapkan Rasulullah SAW. Cahaya iman telah padam di hatinya. Ia tidak lagi memikirkan keagungan akidah. Maka dengan tangan gementar ia mulai menulis surat kepada pembesar-pembesar Quraisy, membuka rahsia askar Islam yang dipersiapkan secara matang oleh Rasulullah ke Makkah, agar mereka mempunyai gambaran atas keadaan kaum muslimin Madinah.

Surat itu diserahkan kepada seorang wanita. Ia menyuruh wanita tersebut agar merahsiakan surat itu di sanggul rambutnya sehingga jika ada orang yang menghadang kenderaannya, maka surat itu tidak akan diketahui. Ia berjanji pada wanita itu akan memberi hadiah yang mahal bila surat itu telah sampai di tangan pembesar Quraisy.
Baru saja wanita tersebut meninggalkan Madinah, malaikat Jibril segera memberitahu Rasulullah tentang apa yang telah dilakukan Hatib. Maka Rasulullah cepat-cepat memanggil Ali Ibn Abi Thalib dan Zubair Ibn Awwam. Baginda berkata: “Kejarlah wanita itu, ia memberitahu surat Hatib untuk para pembesar Quraisy yang isinya menerangkan mereka tentang persiapan yang telah kita himpun dalam menaklukkan mereka.”

Ali dan Zubair bergegas keluar mencari wanita itu dan keduanya menemukan wanita tersebut di daerah Raudhah Khah, 7 batu dari Madinah. Ketika Ali ra. menyuruh wanita itu supaya mengeluarkan surat Hatib, wanita itu tidak mengaku kalau ia sedang membawa surat. Maka Ali pun berdiri dan memeriksa kenderaannya, tetapi ia tidak menemukan surat itu.

Akhirnya dengan marah Ali memandang wanita itu dan berkata: “Aku bersumpah kepada Allah bahawa Rasulullah tidak pernah berdusta. Sekarang kamu harus pilih apakah kamu mahu menyerahkan surat itu kepadaku, ataukah aku harus menelanjangi kamu!” Setelah Ali bersikap kasar dan memberi dua pilihan, akhirnya wanita itu berkata: “Berpalinglah.” Setelah itu Ali membalikkan badan kemudian wanita itu membuka ikatan rambutnya dan mengeluarkan surat darinya, lalu menyerahkan surat itu kepada Ali.

Ali dan Zubair segera kembali kepada Rasulullah dengan membawa surat Hatib. Rasulullah menghadirkan Hatib Ibn Abu Balta’ah dan bertanya kepadanya, “Wahai Hatib, apa yang mendorong kamu berbuat demikian?” Maka oleh Hatib dijawab dengan nada terputus-putus: “Wahai Rasulullah, janganlah tergesa-gesa menghukum diriku. Semua itu kulakukan kerana aku bukan dari golongan Quraisy, di Makkah aku masih mempunyai sanak saudara.
Maka aku ingin kaum Quraisy menjaga keluargaku di Makkah. Dan sungguh, itu aku lakukan bukan kerana aku telah murtad dari Islam, dan bukan pula aku rela kepada kekufuran sesudah iman.”

Rasulullah memandang semua sahabat yang hadir dengan wajah bersinar, dan baginda berkata kepada mereka: “Bagaimana pun juga, ia telah berkata jujur.”

Suasana majlis menjadi hening sejenak, tiba-tiba Umar berkata: “Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal leher orang munafik ini.”

Umar berpandangan bahawa membocorkan rahsia-rahsia askar Islam merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka balasannya adalah harus dibunuh. Orang yang mengadakan hubungan dengan musuh, maka balasannya adalah dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu Rasulullah telah memaafkan Hatib kerana ia telah mengakui dosanya. Selain itu baginda mengingat perjuangan Hatib di masa lalu kerana ia berjuang di medan perang Badar, sehingga banyak pasukan musyrikin yang mati di bawah tebasan pedangnya. Ia berani menghadapi bahaya dengan menerjah barisan musuh. Rasulullah juga mengingat posisi Hatib pada hari Bai’atur Ridwan di bawah sebuah pohon yang diberkahi, di mana pada saat itu para malaikat menyaksikan orang-orang mukmin yang sedang mengulurkan tangan mereka untuk berbaiat kepada Rasulullah.

Atas tiga dasar itu, maka baginda memandang Umar dan berkata: “Wahai Umar bagaimana pendapatmu, jika Allah telah memberi kelonggaran pada pejuang Badar?” Allah berfirman dalam Al-Ouran surah Al-Mumtahanah ayat 1 yang ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia, (sehingga) kamu menyampaikan kepada mereka (berita-berita) Muhammad, dikeranakan rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasulullah dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku. Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Barangsiapa di antara kamu yang melakukan, maka sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan lurus.” Hal lain yang menguatkan diterimanya taubat Hatib; pada suatu hari salah seorang pelayan Hatib datang kepada Rasulullah untuk mengadukan perlakuan Hatib kepadanya, kemudian pelayan itu berkata: “Wahai Rasulullah, kelak sungguh Hatib akan masuk neraka.” Tetapi Rasulullah berkata: “Tidak, kerana ia ikut berperang pada peristiwa Badar dan juga ikut dalam perjanjian Hudaibiyah.”

Sejak saat itu, Hatib menangis menyesali perbuatannya. Siang dan malam dilakukan dengan selalu memohon ampunan kepada Allah atas kesesatannya hingga ia meninggal dunia pada usia 53 tahun tepatnya pada tahun 30 H. iaitu pada masa pemerintahan Usman Ibn Affan. Ia menghadapi kematian dengan jiwa yang redha kerana ia tahu bahawa Rasulullah telah memaafkannya meskipun ia telah mengkhianati hak Allah, Rasulullah dan kaum mukminin.


Diambil dari http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah049.html#satu

ABU UMAMAH

Memiliki Karamah Sehingga Mengislamkan Kaumnya

....alam kehidupan para sahabat, sering membuat orang kehairanan kerana karamah Ilahi yang diberikan kepada mereka untuk menolong mereka dalam menyiarkan agama Allah dan menghapus kejahilan yang membelenggu akal manusia. Di antara para sahabat ada yang diberi karamah dapat menyaksikan malaikat yang sedang memukul pasukan kafir di medan peperangan; seperti Abu Thalhah. Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah melihat malaikat yang menjelma menjadi payung di atas rumahnya ketika ia membaca Al-Quran, seperti Usaid Ibnu Al-Hudair.

Di antara mereka ada pula yang diberi karamah Allah, ia dapat menurunkan hujan bila ia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa kepada Allah agar hujan diturunkan, maka Allah segera mengabulkan doanya, seperti Al-Abbas bapa saudara Rasulullah SAW.

Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah, tongkat boleh berubah menjadi lampu yang menyinari jalannya pada malam yang gelap gelita, seperti Thufail Ad-Dausi. Di antara mereka ada yang mendapat kiriman makanan dari Allah, ketika ia dipenjara kaum musyrikin, di dalam bilik yang tertutup, seperti Khabab Ibnu Al-Arat. Di antara mereka ada pula yang setelah mati syahid jenazahnya dimandikan oleh malaikat seperti Handhalan Ibn Abi Amir.

Beraneka ragam karamah dari Allah yang diberikan kepada para sahabat yang disebutkan sejarah Islam di mana kisah-kisahnya dikuatkan oleh sanad-sanad yang tidak dicampuri oleh keraguan. Karamah Allah yang diberikan kepada Abu Umamah Al-Bahili telah menyebabkan kaumnya tercengang kerana takjub. Maka mereka segera memeluk agama Islam yang didakwahkan Abu Umamah, hati mereka terbuka untuk menerima cahaya Ilahi, meskipun sebelum itu hati mereka terbelenggu oleh ajaran jahiliyah yang berisi kesesatan dan dugaan saja.

Adapun sebab-sebab kaum Abu Umamah masuk Islam adalah kerana pada suatu hari Suday Ibn Ajlan yang biasa dipanggil Abu Umamah datang kepada kaumnya dan mengajak mereka menyembah Allah. Abu Umamah mengisahkan peristiwa yang terjadi ketika ia bersama kaumnya yang menggembala. Ia berkata: “Ketika aku datang kepada kaumku, mereka telah memberi minum kambing-kambing mereka, memerah susunya dan meminumnya.

Ketika mereka melihat kedatanganku, mereka berkata: “Selamat datang wahai Suday Ibn Ajlan, kami mendengar bahawa kamu telah cenderung pada Muhammad.” Jawabku: “Tidak, tetapi aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah telah mengutus aku kepada kalian supaya menunjukkan Islam kepadamu.”

Ketika aku sedang bersama dengan mereka, tiba-tiba mereka menghidangkan bekas yang berisi darah, kemudian mereka berkumpul di sekelilingnya. Mereka berkata kepadaku: “Wahai Suday Ibn Ajlan, kemarilah.” Aku berkata kepada mereka: “Celakalah kalian! Aku datang kepadamu sebagai utusan dari orang yang mengharamkan atas kalian makanan semacam ini kecuali yang disembelih sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”

Mereka bertanya: “Bagaimana bunyi firman-Nya?”

Jawabku. “Telah diturunkan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang makanan yang diharamkan: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, (haiwan) yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagi) yang disembelih untuk berhala.”

(Al-Maidah: 3)
Kemudian aku mengajak mereka kepada Islam, tetapi mereka menolak, ketika aku kehausan aku berkata kepada mereka: “Berilah aku minuman air, sungguh aku sangat haus.” Mereka berkata: “Tidak, kami akan membiarkan kamu mati kehausan.” Setelah itu aku membungkus kepalaku dengan kain serban kemudian aku tidur di bawah terik matahari yang sangat panas, dan aku biarkan mereka makan darah.

Tiba-tiba dalam tidurku aku melihat seseorang datang kepadaku dengan membawa sebuah bekas yang dibuat dari kaca; aku tidak pernah melihat bekas yang sebaik itu. Di dalamnya ada minuman yang menyegarkan yang tak pernah aku dapatkan di dunia. Aku mengambil bekas itu dan segera meminumnya hingga aku merasa kenyang. Setelah selesai minum, aku bangun. Demi Allah sejak saat itu aku tidak pernah haus sama sekali.

Ketika aku kenyang, salah seorang daripada mereka berkata pada mereka: “Telah datang padamu seorang dari keluarga kamu, mengapa kamu tidak memberinya makan.” Maka mereka datang kepadaku dengan membawa segelas susu; maka aku katakan pada mereka: “Aku tidak perlu lagi minuman ini.” Kemudian aku memperlihatkan perutku yang sudah kenyang pada mereka, sehingga mereka akhirnya masuk Islam.” Mereka meninggalkan berhala-berhala mereka dan masuk Islam. Mereka masuk Islam dengan hati yang rindu pada cahaya Ilahi dan kesucian agama Islam.

Abu Umamah adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW yang dipilih Islam untuk menyampaikan sinar Islam, ia belajar Islam dari Rasulullah SAW dan ia menjalankan apa yang diajarkan padanya dengan penuh ketaatan dan kesungguhan.

Pada suatu ketika, ia mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan ucapan salam kesejahteraan untuk umat kita dan jaminan bagi ahli Dhimmah kita.” Sejak itu Abu Umamah sentiasa memberi salam kepada setiap yang dijumpainya. Tidaklah ia bertemu dengan seorang muslim baik itu muslim kecil atau besar, melainkan ia mengucapkan: “Assalamu’alaikum.”

Tidak seorang pun yang mendahului ia mengucapkan salam, kecuali hanya sekali saja. Iaitu ketika ada seorang Yahudi bersembunyi di balik pohon, kemudian Yahudi itu keluar dengan secara tiba-tiba dan mengucapkan salam padanya.

Maka Abu Umamah berkata padanya: “Celakalah kamu wahai orang Yahudi, apa yang mendorongmu untuk berbuat demikian?”

Jawab Yahudi itu; “Kamu adalah orang yang banyak mengucapkan salam, dan aku tahu itu lebih utama, maka aku ingin mendapatkan keutamaan itu dengan mengucapkan salam lebih dulu.”

Maka jawab Abu Umamah, “Sesungguhnya salam adalah ajaran akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah pada kami.”

Hal lain yang didapatkan oleh Abu Umamah dari Rasulullah adalah perintah untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Pada suatu ketika bonda Abu Umamah sedang sakit, maka baginda menyuruh Abu Umamah supaya tetap mendampingi ibunya hingga meninggal pada saat peperangan berlangsung. Setelah Rasulullah SAW memperoleh kemenangan pada peperangan tersebut dan baginda kembali ke Madinah, maka baginda mendatangi kubur bonda Abu Umamah dan meminta rahmat bagi almarhumah.

Abu Umamah salah seorang yang berbaiat kepada Rasulullah pada baiatur Ridwan yang diikrarkan di bawah pohon, hingga akhirnya kaum musyrikin mengajak berdamai dengan kaum muslimin yang terkenal dengan “Perjanjian al-Hudaibiyah.” Peristiwa itu terjadi pada 6 H. Ketika turun firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Fath ayat 18 yang ertinya: “Sungguh Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepada-Mu di bawah pohon, maka Allah telah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kesenangan yang dekat (waktunya).” Abu Umamah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, aku termasuk orang yang berbaiat pada-Nya di bawah pohon itu.”

Rasulullah berkata padanya: “Kamu bahagian dari aku dan aku bahagian dari kamu.”

Abu Umamah sangat haus dengan ilmu pengetahuan; ketika ia mendengar suatu kalimat dari Rasulullah SAW maka ia menghafalkan. Ketika ia ditanya tentang rahsia mengapa ia lebih mengutamakan ilmu daripada berbaiat, ia berkata: “Tatkala Rasulullah SAW ditanya tentang dua orang, yang satu orang ahli ibadah dan yang satu seorang ahli ilmu, mana yang lebih utama dari keduanya? Rasulullah SAW bersabda: “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah itu, bagaikan keutamaan diriku daripada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.” Kemudian baginda membaca ayat (Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama).

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu Umamah Al-Bahili ialah sabar ketika ditimpa musibah, tidak pernah mengadukan persoalannya kepada orang lain, mensyukuri nikmat meskipun nikmat itu hanya sedikit. Sifatnya yang penyabar dan banyak bersyukur melapangkan hatinya dalam menghadapi berbagai kesusahan, meskipun kesusahan itu lebih berat dari sebuah gunung. Tapi ia mampu menanggungnya dengan iman yang teguh, kerana ia tahu, bahawa semua itu telah ditakdirkan Allah atas dirinya. Harta kekayaan tidak pernah ada ertinya bagi dirinya, oleh kerana itu ia selalu berpaling dari kesenangan duniawi kerana ia tidak menyukainya. Sekalipun ia tidak pernah mengunjungi para penguasa atau gabenor daerah.

Abu Umamah banyak hafal khutbah-khutbah Rasulullah dan ia senang meriwayatkan khutbah itu dengan nasihatnya yang benar dan terang.

Ia hidup sampai usia lanjut, keadaan badannya telah lemah dan kesihatannya telah menurun, meskipun demikian ia tidak pernah meninggalkan solat berjemaah baik ketika musim dingin atau pada musim panas. Lisannya tidak pernah dikotori perbuatan mengumpat atau mengadu domba. Ia tidak pernah membiarkan sesuatu masuk dalam fikirannya kecuali hanya Allah.

Ia berkisah pada suatu hari, ia meminta Rasulullah agar baginda menyuruhnya melakukan sesuatu amalan yang bermanfaat bagi dirinya di sisi Allah. Maka Rasulullah SAW bersabda padanya: “Hendaklah kamu sentiasa berpuasa, kerana pahala puasa tiada bandingan.” Sejak itu Abu Umamah berserta keluarga dan pelayannya selalu berpuasa. Dan mereka hanya memakan roti kering dan garam, mereka tidak menyalakan api kecuali bila ada tamu.

Abu Umamah belum merasa cukup dengan hanya berpuasa setahun, setelah itu ia datang pada Rasulullah SAW dan berkata pada baginda: “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan amalan (puasa), kini aku berharap agar Allah memberi manfaat padaku dengan amalan itu.” Rasulullah SAW bersabda padanya: “Ketahuilah, bahawa kamu tidak akan bersujud pada Allah sekalipun melainkan Allah akan mengangkat darjatmu dengan sujud itu atau Dia akan menghapus dosa-dosamu kerana sujud itu.”

Meskipun Abu Umamah orang yang tidak kaya, tetapi ia seorang dermawan, ia sering memberikan apa saja yang ada padanya. Ia tidak peduli apakah ada sesuatu yang untuk dimakan pada hari ini atau tidak, bahkan ia tidak pernah memberikan roti atau bawang jika tidak ada sesuatu yang lain untuk diberikan. Isterinya meriwayatkan: “Pada suatu hari di rumahnya tidak ada apa pun kecuali hanya wang 3 dinar. Tiba-tiba ada seorang pengemis di depan rumah, maka ia memberinya pengemis 1 dinar. Kemudian datang pula pengemis lain maka ia memberikan satu dinar, dan begitu juga untuk pengemis yang ketiga datang.

Akhirnya aku marah dan berkata padanya: “Kita sudah tidak memiliki apa-apa.” Maka kemudian ia berbaring di atas tempat tidur dan menutup pintu sampai azan Zuhur. Aku datang padanya dan membangunkannya, maka ia pergi ke masjid dalam keadaan berpuasa, sehingga aku kasihan padanya, maka aku meminjam wang untuk membeli makanan untuknya berbuka.

Ketika aku menyiapkan lampu dan makan malam, ia berkata: “Hidangan ini lebih enak daripada yang lain.” Setelah ia baru selesai makan malam, tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang dan berkata padanya: “Wahai Abu Umamah, ini wang sejumlah 3,000 dinar sebagai keuntungan pinjaman dari wang yang aku pinjam darimu beberapa tahun yang lalu.” Maka ia menatapkan wajahnya ke langit sambil berbisik: “Wang satu dinar dibalas dengan seribu dinar, alangkah besarnya balasan Zat Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Pada tahun 86 H. Abu Umamah meninggal dunia menuju kampung akhirat untuk menikmati kehidupan di hadirat Allah, dengan memperoleh balasan sebagai orang mukmin, ahli ibadah, penyabar dan orang yang bersyukur.


Diambil dari http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah049.html#satu

Wednesday, September 29, 2010

As-Syahid Imam Hassan al-Banna

Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)

Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

AL-MAS’UDI


Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin Ali al Mas’udi atau Abu Hassan ‘Ali bin al-Hasyn bin ‘Abdullah al-Mas’udi. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq menjelang akhir abad ke-9M. Menurut buku ber judul Al-Mas’udi and His World, al-Mas’udi dilahirkan pada tahun 283H/1895M di kota Baghdad iaitu berdasarkan pernyataan bahawa beliau perusia 20 tahun dalam tahun 303H/1915M. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Fustat (Mesir) pada tahun 345H/1956M. Pernyataan ini sama dengan pernyataan dalam al-Dhahabi dan surat tulisan al-Musabihi yang menyatakan al-Mas’udi meninggal dunia dalam bulan Jamadilakhir 345H (sekitar 10 Sept.—10 Okt. 956M). Beliau berketurunan Arab iaitu keturunan ‘Abdullah bin Mas’udi seorang sahabat Nabi Muhammad (saw) yang dihormati.

Al-Mas’udi mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya. Setelah dewasa, rancangan pertama yang dicadangkan ialah beralih kepada bidang sejarah dan adat istiadat dan cara hidup setiap negeri. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi. Atas dasar ingin menjalankan penyelidikan menyebabkan beliau menceburi bidang pelayaran ke seluruh pelusuk dunia.

Faktor-faktor yang Menggalakkan al-Mas’udi Belayar dan Menyelidik

Hubungan antara ilmu geografi dan pelayaran dalam masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan. Belayar merupakan tugas asas mereka terutama menguruskan perdagangan. Manakala ilmu geografi adalah kemahiran yang perlu dimiliki dalam menjalani kehidupan, dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan tradisi hidup mereka. Oleh itu satu daripada tujuan berdagang, para ilmuan Arab mengambil kesempatan membuat penyelidikan bagi me mudahkan urusan harian mereka di samping untuk kegunaan generasi seterusnya. Berikut beberapa faktor yang menggalakkan pelayaran dan penyelidikan geografi mereka.

Faktor persekitaran, kawasan tanah Arab yang diliputi padang pasir yang luas menyebabkan mereka terpaksa menjalankan perjalanan atau pengem baraan pada waktu malam bagi mengelak bahang kepanasan. Oleh itu mereka perlu menguasai ilmu astronomi, ilmu mengesan air, ilmu mengesan cuaca, ilmu mengesan kedudukan dan sebagainya bagi tujuan memudahkan perjalanan dan keselamatan. Demikian juga Semenanjung Tanah Arab yang terletak di antara jalan perdagangan yang utama antara timur dan barat. Oleh itu mereka perlu memiliki kemahiran belayar di lautan.

Faktor budaya, faktor pekerjaan (perdagangan), adat istiadat seperti ibadat haji yang memerlukan pengetahuan tentang kaji bintang bagi tujuan mengetahui arah. Demikian pula keperluan untuk hidup di padang pasir yang memerlukan kemahiran mengesan air, mengetahum kedudukan laut, tumbuh an dan haiwan bagi tujuan pergerakan (arah dan kedudukan).

Faktor nilai dan sikap, semasa zaman peradaban Yunani kuno aktiviti pelayaran dan geografi berada di tahap yang rendah. Akan tetapi setelah Islam bertapak kedua-dua bidang ini meningkat maju semula. Islam menggalakkan umatnya menjalankan penyelidikan bagi tujuan keharmonian antara iman dan akal. Malah Al-Quran adalah sebagai sumber inspirasi kerana ayat-ayat dalamnya banyak menyentuh tentang ilmu pelayaran dan juga ilmu geografi.

Ringkasan Pelayaran (Pengembaraan) dan Penyelidikan Geografi oleh AI-Mas’udi

Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi mula belayar (merantau) ialah antara tahun 914—915M iaitu semasa pergi ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. Dan Baghdad beliau pergi ke India (916M) dan mengunjungi kota Multan dan kota al-Mansurah (Mansura). Kemudian beliau kembali ke Parsi setelah mengunjungi Kusman.

Mansura pada zaman al-Mas’udi adalah kota yang paling maju di India Barat dan menjadi ibu kota negeri bahagian Sind dalam karyanya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir, beliau menceritakan bahawa kota tersebut terletak di tebing Sungai Indus (berhampiran Hyderabad Slang). Nama kota itu diambil sempena nama Mansur bin Jumhur (gabenor kerajaan Bani Umayyah di Sind). Ia dihuni oleh sejumlah penduduk golongan sayid (ketua kabilah). Sebelum pertapakan Islam, beberapa wilayah di sekitar lembah Sungai Indus dikuasai oleh raja-raja Hindu. Walau bagaimanapun, setelah berlaku dakwah oleh pendakwah-pendakwah Islam, raja-raja Hindu tersebut telah terpe ngaruh dengan ajaran Islam dan menganggap orang Islam sebagai lambang keamanan dan kehidupan yang baik.

Di India al-Mas’udi turut melakukan penyelidikan mengenai flora dan fauna. Kajian dibuat di tepi laut berhampiran dengan Combay. Antara bahan -bahan penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakaktua, buah oren, kelapa dan lain-lain.

Kemudian al-Mas’udi bersama-sama dengan pelayar lain meneruskan pelayaran melalui Bombay, Deccan dan Sri Lanka serta belayar ke Indo-China dan negeri China. Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Madagascar, Zanzibar, Oman dan sampai di Basrah. Di Basrah beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhahab. Buku mi menceritakan tentang pengalaman peribadi beliau di pelbagai negara. Dalam buku ini beliau menyebutkan beberapa buah tempat termasuk Semenanjung Tanah Melayu termasuk Kedah, Pahang dan Melaka. Ada mungkinan beliau sampai ke rantau ini sewaktu dalam pelayaran ke Lautan China. Buku ini telah diterbitkan di Paris (1861—1877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Ia merupakan karya al-Mas’udi yang terbesar telah ditemui dan wujud hingga ke hari ini. Ia boleh dianggap sebuah ensiklopedia kerana perbincangannya bermula daripada kejadian manusia hingga ke zamannya.

Beliau juga mengunjungi Pantai Laut Kaspia dan berkelana menyusuni Asia Tengah dan Turkistan. Beliau juga mengunjungi Tibenias, dan sini beliau memperoleh kesan relief-relief gereja Kristian. Kemudian beliau pergi ke Gujerat (303H) dan menemui Chamur, pelabuhan Gujerat dengan penghuni 10 ribu orang Arab dan selebihnya berketurunan mereka. Di sini beliau mendapat keterangan-keterangan daripada orang Yahudi, Parsi, India dan biskop-biskop Kristian. Setelah meninggalkan Basnah dan Syria beliau kembali ke Fustat (Khairo Kuno). Di sini beliau menyusun karya beliau yang kedua bertajuk Akhbar al-Zaman (cerita-cerita sejarah) yang mengandungi 30 jilid. Dua puluh jilid daripadanya ada tersimpan di perpustakaan Aya Sofia (Istanbul), tetapi setakat ini hanya satu jilid sahaja dijumpai di Aleppo dan dibawa ke Vienna. Walau bagaimanapun, kandungan kitab ini, yang banyak menyentuh sejarah dan geografi dunia, telah digariskan dalam kitab Muruj al-Dhahab. Dalam buku ini beliau menggabungkan ilmu geografi dengan sejarah dan mencerita kan kehidupan masyarakat di negara-negara yang pernah dilawatinya.

Setelah mengembara begitu lama ke Timur beliau meluangkan masa me netap di Basrah tempat beliau mencatatkan pengalamannya dalam Muruj al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir. Buku ini selesai ditulis pada tahun 947M dan pada tahun 956M diselesaikan pula edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid yang diterbitkan di Paris (1861—1877).

Dari Basrah beliau kemudian berpindah ke Fustat tempat beliau menulis kitab Akhbar al-Zaman yang lebih terkenal sebagai Annal (catatan sejarah) yang mengandungi 30 jilid mengenai sejarah umum. Karya ini selesai pada tahun 956M. Karya beliau yang terakhir ditulis pada tahun kematiannya (956M di Fustat) ialah Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Dalam kitab ini beliau membuat penambahan dan melengkapkan karya-karya yang terdahulu.

Berdasarkan perjalanan pelayaran, al-Mas’udi banyak membuat penyelidikan dan juga membuat penulisan mengenai pengalamannya dalam pelbagai ilmu.

Sumbangan AI-Mas’udi dalam IImu Geografi

Sebagaimana ahli pelayaran dan ilmuan Arab lain, al-Mas’udi turut menyumbang dalam memajukan ilmu geografi. Sumbangan beliau bukan sahaja terbatas dalam satu bidang, tetapi dalam banyak bidang termasuk astronomi, sejarah, geografi sama ada geografi manusia mahupun geografi fizikal. Me nurut G. Sarton, kitab Muruj al-Dhahab disusun khas untuk membicarakan aspek geografi, malah ia dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Pada masa yang sama beliau cuba menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan kajiannya lebih menarik. Dalam kajian yang berbentuk gabungan antara disiplin ini, al-Mas’udi telah memberikan beberapa gam baran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Beliau juga pertama kalinya menyebut tentang kincir air di Sijistan yang mungkin merupakan penemuan baru orang Islam.

Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu satu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Misalnya, al-Mas’udi berpendapat bahawa iklim pertama dipe ngaruhi oleh Venus (Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal (Jupiter) dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. Lantas Matahari dan Bulan dikatakan menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan menyebabkan me reka berbakat tinggi dalam peperangan. Sebaliknya manusia di selatan pula mempunyai sifat lebih tafakur. Terdapat pula pembahagian dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian barat bagi kawasan garis lintang tinggi dan bahagian timur garis lintang pertengahan. Oleh itu penduduk di kawasan garis lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur.

Al-Mas’udi juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor ‘Di Bumi Nyata’ dengan sikap dan penghidupan manusia. Misalnya, beliau walaupun memberi ruang kepada faktor-faktor kosmologi, juga cuba memberi penerang an bagi persoalan yang sama dan faktor-faktor seperti banyaknya air yang terdapat di sesuatu kawasan, tumbuh-tumbuhan semulajadi dan topografi. Ini dapat dilihat dalam percubaan beliau memahami perwatakan dan gaya hidup puak Arab Badwi. Dikatakan bahawa sifat-sifat ketegasan, kearifan dan ke cergasan tubuh badan mereka adalah berkaitan dengan kualiti alam sekitarnya yang asli. Menurut beliau lagi, pengaruh iklim juga penting. Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki sendiri.

Dalam geografi kawasan pula, melalui karya-karyanya beliau cuba me nerangkan secara terperinci mengenai India iaitu kawasan-kawasan Makran, Sind dan Pantai Barat benua kecil ini setanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh ahli geografi seperti Ibn Khurdazbih, Istakhri dan Maqdisi. Beliau juga telah membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya. Malah beliau pernah mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampinan tepi Laut Combay. Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakaktua, burung merak, buah oren, kelapa dan lain-lain.

Sumbangan Pelayaran

Hasil daripada pengamatan dan penyelidikan beliau semasa pelayaran menyebabkan beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman penting yang seterusnya menyumbang kepada pengetahuan tentang pelayaran. Beliau telah membuat cacatan tentang peristiwa pelayaran beliau dan membuat catatan yang amat berguna terhadap sumbangan beliau dalam ilmu pelayaran. Berikut adalah antara sumbangan beliau yang penting terhadap ilmu pelayaran.

Al-Mas’udi telah dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa membuat pelayaran. Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dan Teluk Parsi ke Laut China. Sungai yang pertama disebut ialah Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah. Di pantai Larwi terletak bandar bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan iaitu Cemur, Subarh, Thana dan Khambayat. Lautan Hargind, kemudian Kalah, Laut Sruff (Sungai Campa) dan Laut China yang mereka namai Tinji (Cinji). Pendek kata secara terpenincinya sungai yang pentama disebut adalah Laut Parsi, Larwi adalah Laut Semenanjung Arab, Herkin adalah Laut Hindi, Kalah kemungkinan Teluk Benggala atau Kedah.

Beliau juga menerangkan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat atau pedagang di India iaitu setelah beliau sampai pada 303H. Menurut beliau terdapat 10 ribu orang Arab dan keturunan campuran mereka di Cemur iaitu pelahuhan Gujerat. Mereka juga menetap di Khamhayat. Mereka membawa susu, nila dan Bahroach dan menjuah tilam di Madsar, Mesar.

Dalam bukunya, Muruj al-Dhahab al-Mas’udi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika. Mereka bergerak ke Laut Merah, kemudian ke Habsyah di Afrika. Seterusnya melawat Safala (Mozambique) dan Zeila’ di Habsyah. Dan Zeila’ mereka datang ke Hijaz dan Yaman.

Al-Mas’udi juga dapat mengatasi belenggu pemikiran sesetengah pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Beliau menjelaskan bahawa semua laut merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung. Beliau me nyatakan bahawa Laut Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah tidak berasingan.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya juga, al-Mas’udi telah mem beri penjelasan bahawa setiap laut mempunyai pelaut dan pakar yang ber lainan. Berdasarkan pengetahuan secara peribadi beliau menjelaskan tentang pakar Laut Mediterranean iaitu:

‘Saya menyaksikan pelaut yang berperang dan berdagang di Laut Mediterranean...Saya juga menemui beberapa gerombolan dan pegawai termasuk askar dan ahli peIayaran seperti Abul-Hamitu, Lawi, hamba abdi bagi pemerintah Tripoli, Syria di pantai Damsyik....’

Secara ningkasnya, beliau cuba menyatakan bahawa para pelaut terdiri daripada pelbagai peringkat dan jenis.

Al-Mas’udi juga mengemukakan pendapat yang seterusnya mengatasi kekeliruan pelaut yang berbangsa Arab yang mengetahui dua haluan untuk pelayaran dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui Atlantik dan dan Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan Laut Mediterranean. Hasil daripada soal selidiknya iaitu bertanya kepada sebilangan pelaut beliau men dapati bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam.

Manakala dalam karyanya, Muruj al-Dhahab beliau ada menerangkan ke adaan muka bumi dan jarak dari benua Eropah hingga ke negeri China. Petikan berkenaan berbunyi.

‘Dunia menganggap mulai dari Laut Barat mempunyai enam pulau yang subur dan terbentang jauh hingga ke negeri China ... Mereka tahu bahawa di kawasan yang panjangnya dua belas jam iaitu jika matahari terbit di hujung negeri China (Timur). Jaraknya berjumlah 13 ribu batu geografi’

Pada pandangan beliau jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi. Dalam karya tersebut, beliau menceritakan berkenaan lima remaja yang sombong yang telah menyeberang Laut Gelap. Seba hagian mereka selamat dan sebahagian lagi binasa. Cerita ini menggambarkan bahawa umat Islam telah sampai ke Amerika beberapa abad sebelum Colombus.

Kesimpulan

Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyum bang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

AL-BIRUNI


Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitabMu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.

Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera- putera Ma’muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin.

Pendidikan

Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penu lisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.

Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

Sebagai AhIi Astronomi

Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astro nomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:

Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni Astronomi).

Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.

1. Teori alam semesta

Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,

‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan per sekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.’

2. Kosmogeni

Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.

3. Teori geosentrik

Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang ter dahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.

4. Kalender dan kronologi

Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.

Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga pene rangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.

5. Matahari

Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:

(a) Sifat fizikal Matahari

Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberi kan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang mem bakar.

(b) Gerakan tahunan

AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata hari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.

(c) Panjang tahun solar (tropika)

Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati peruba han dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melapor kan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.

Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

(d) Fajar dan senja

Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.

Sebagai AhIi Sains

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

1. Trigonometri sfera

Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.

Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.

Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembang kannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.

Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri me ngandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.

Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke satuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengira an. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan mem buktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.

sinA = sinB = sinC
a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.

2. Aritmetik orang India

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,

(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b)
Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c)
Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d)
Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

3. Cahaya dan bunyi

Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apa bila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.

4. Graviti

Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

5. Ketumpatan

Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut mem berikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:

Bahan

Uku ran dengan emas

Ukuran dengan raksa

Moden

Emas
Raksa
Tembaga
Loyang

Besi
Plumbum

19.26
13.74

8.92

8. 67

7.82

11.40

19.05
13.59

8.83

8.58

7.74

11.29

19.26
13.59

8.85

8.40

7.79

11.35


Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketum patan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat.

6. Mekanik

Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialahpengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.

7. Berat dan ukuran

Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astro nomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

8. Geografi, geodesi dan stratografi

Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bi dang geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengu nungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.

Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.

Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat ang garannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.

Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @ 12 Rejab 440H.