Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Bukan Kisah Cium Mulut

بسم الله الرحمن الرحيم

SIKAP MANUSIA

Gambar Sekadar Hiasan (",)


Kisah ni berlaku masa saya pegi klinik rakan medik kat bandar baru bangi sbb sakit tekak(tonsil), yg saya nak jadikan isu ni bukan pasal sakit tekak, tapi pasal sikap seseorang sebagai pengajaran buat kita semua.

Adalah sorang mamat ni, di masuk klinik ni, pastu dia tanya kat kauter "Ramai lagi ker?" pastu nurse tu jawab "ramai lagi dik"... (lepastu mamat tu belalu sambil meninggalkan satu kata2 yg penuh sopan)

"BOLEH MAMPOS, LAMA AKU TUNGGU KAT SINI" (sopan tak???)

Apa dia ingat Allah pinjamkan mulut tu utk keluarkan kata2 mcm tu? Akhirat kelak apa dia nak jawab kalau Allah tanya?

Moga2 kita jadi orang2 yg menjaga kata2, ingatlah, kita pinjam je semua ni, Kalau pinjam harta orang pandai lak kita nak jaga elok2.

Wallhualam

Friday, April 20, 2012

SAYA NAK JADI TETAMU ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

DIDIKAN YANG BETUL

Ikutilah perbualan seorang Pakcik (29tahun ketika story ni) dengan seorang Anak kecil berumur lingkungan 5 tahun di perkarangan masjid :

Pakcik : Assalamualaikum

Anak Kecil : Walaikummussalam

Pakcik : tengah baca buku apa tu???

Anak Kecil : buku matematik

Pakcik : oooo... nak jadi pelajar pandailah ni???

Anak Kecil : Mestilah...

Pakcik : Kenapa nak jadi pandai???

Anak Kecil : kalau pandai nanti ibu ngan ayah gembira, saya boleh dapat pahala (sambil tersenyum)

Pakcik : Wah.... cikgu ajar yer cakap macam ni???

Anak Kecil : ehh... taklah acik, Ibu ngan Ayah yg selalu pesan mcm ni, kalau byk pahala kita masuk syurga, kalau banyak dosa kita masuk neraka..... Ziyad takut masuk neraka. (oooo nama budak ni Ziyad)

Pakcik : Lagi apa yg selalu Ibu ngan Ayah Ziyad pesan???

Ziyad : Ibu ngan Ayah selalu cakap, kalau Ziyad dah besar, pastu dah jadi orang kaya, jangan tinggal solat sbb nanti jadi miskin balik (sambil tersenyum). Pastukan Ibu ngan Ayah cakap, kalau dah banyak duit, jangan beli kereta mahal2, jangan beli rumah mahal2, SBB nanti duit abis tak boleh pegi HAJI... Nanti duit abis tak boleh bayar ZAKAT.... Ziyad nak pegi HAJI dan bayar ZAKAT sbb nanti boleh masuk syurga, Ziyad taknak masuk neraka... takut... ada api.... panaz. (dengan raut wajah yg membuktikan dia takut)



Pesanan Zabid pada puterinya :

Wahai Puteriku Zuyyin Eimanina, ingatlah.... dah besar nanti jgn berimpian nak kaya pastu nak beli umah besar lah, nak melancong serata dunia lah, nak keta sport lah... TETAPI berimpianlah untuk membayar ZAKAT dan menjadi tetamu Allah (UMRAH dan HAJI). Insyaallah kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Ingat pesan ayah yer (",)


Wallhualam


Saturday, March 3, 2012

Nama Anak Mawi dan Eikin ada kaitan dengan Lalat dan Lebah

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama Anak..???? Penting ker????

yer... nama anak mmg sgt2 penting, tapi apa yg penting tu??? yg penting adalah maksud nama itu... sbb kalau maksud tak baik ianya boleh mempengaruhi perangai dan aib pada anak tersebut... contoh nama yg maksudnya tak baik... Abdul Fulus (Hamba Duit).

Tapi apa yg saya nak utara timur barat selatankan adalah berkenaan pandangan kita pada sesuatu perkara, perbualan kami beberapa hari lepas berkenaan KOMEN org tentang nama anak Mawi dan Eikin, nama puteri mereka adalah CAHAYA MALAIKA. Mcm2 komen yg saya dgr, saya terkesima nak kongsi satu kisah berkenaan LALAT dan LEBAH.



Gambar lalat dan lebah ini di ambil tanpa kebenaran kat google (",)
Tahukah anda Surah Lebah ada dalam Al-Quran dan di badan Lalat adanyer Racun dan Ubat.


Situasi Pertama

Disuatu taman bunga terdapat seekor LALAT yg berjalan2 keseorangan, eh berterbangan keseorang. Dikawasan yg indah itu LALAT tersebut berkata. "Ish.. boring bosan dan menyampahnya aku kat tempat ni, pusing kanan bunga, pusing kiri bunga... manalah TAIK untuk aku hinggap ni????"



Situasi Kedua

Disuatu kawasan lorong yg penuh najis dan sampah seekor LEBAH yg tersesat dari dataran guandog china berterbangan keseorangan dan kesepian, dikawasan yg penuh najis dan sampah itu berkata LEBAH tersebut. "mcm mano den boleh sosek kek sini, mano lah bungo-bungo yg indah dan wangi ni, tompek yg seleso utk den lepak-lepak, wahai BUNGA, mano lah kamu ni???"


Anda Pilih lah sendiri utk jadi PANDANGAN LALAT ke PANDANGAN LEBAH?????


Wallahualam.

Friday, February 3, 2012

Kisah Rasulullah SAW dgn Bukit Uhud

بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Sunnah itu Perlakuan. Hadis itu kata-kata


Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Rasulullah SAW suka menziarahi bukit Uhud. Pada suatu hari Rasulullah SAW dan Sahabat (Abu Bakar, Umar dan Usman) berada di atas Bukit Uhud, Tiba-tiba Bukit Uhud bergegar.

Dengan gegaran itu Rasulullah SAW menghentakkan kakinya dan bersabda.
"Wahai bukit Uhud, di atas kamu ni ada seorang Nabi, As Siddiq dan 2 org Syahid."

Secara tiba-tiba bukit uhud pun berhenti.


Nabi = Rasulullah SAW
As Siddiq = Syaidina Abu Bakar
2 Syahid = Syaidina Umar dan Syaidina Usman

Syaidina Umar mati dibunuh semasa mengimamkan solat subuh di Masjid Nabi.

Syaidina Usman mati dibunuh semasa sedang membaca Al-Quran ketika berlaku pemberontakan di Madinah.

Wallahualam



Saturday, December 10, 2011

الله اكبر

Menarik Gambar ni

Gambar saya amik kat FaceBook

Sunday, October 23, 2011

Wahabi Bodo LEMPANG Orang Tgh Baca Qunut




Video di ambil drpd Youtube

Fahaman Wahabi atau lebih tepaT Fahaman yg dibawa oleh Muhammad Bin Abdul Wahab adalah Terkeluar drpd Mazhab 4 (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali).


Mazhab Hambali Tidak mengaTakan bidaah pada Mazhab Syafie yg membaca QunuT dlm solaT subuh DAN BEGITU juga sebaliknya.

Maka sesiapa yg Terlampau ekstrime.... tobat2 lah... musuh kita org kapir(Harbi) bukan sesama Islam.

P/S = Malas nak ulas panjang2, korang tgk lah sendiri video ni k.

Wallahuaalam


Wednesday, October 19, 2011

JIMAK ISTERI DI TEPI "ROUNDABOUT"

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk di aTas ada diceritakan dalam video dibawah ini (",)

Gambar Roundabout


Kisah PerTama ini saya gunakan nama Haji Bakhil (bukan nama sebenar)

Haji Bakhil : saya baru balik dari Mekah dan cium isTeri saya depan org ramai kaT airporT, apa hukum cium ini dan ada berapa jenis cium?

Ustaz : kalau cium Tangan Takpe lah, Tapi kalau cium muluT, cium pipi, cium mcm2 lagi ini namanya "shu ku Tul muruah"(menggugurkan maruah). Jgn cium depan org ramai mcm Tu, Tau lah isTeri kamu, cium Tangan dah lah... nak cium lebih-lebih balik umah lah.

Haji Bakhil : Abis tu yg Rasullulah cium pipi isteri dia.

Ustaz : bukan depan org ramai, cuma org Ter nampak. sebab Tu kalau berjalanpun Takboleh gak berpeluk.

Haji Bakhil : Tapi tu kan isTeri kiTa....

Ustaz : mmg lah isTeri kiTa.... kalau camTu kenapa kamu tak JIMAK(main) jer dgn ISTERI DI TEPI "ROUNDABOUT" tu jer. (",)

Dialog ni ada dalam video di bawah ini, namun bahasa diterjemahkan mengikut kefahaman saya sendiri (",)

Apa ada dalam video ini lagi?
1. Cium selepas Nikah hanya dibenarkan IsTeri cium Tangan suami sahaja.
2. Kalu cium lebih2 lepas nikah dah mcm kat gereja pulak.
3. 5 Tahun mendatang Romen Terus depan Tuk Imam (",)
4. Dulu pengantin perempuan inai ujung jari jer, skrg dah mcm underTaker sampai ke lengan.
5. Kalau kita baca kiTab hadis AKHLAK kita baik kalau baca kiTab Hiburan AKLAK jahanam.
6. "Pra Wedding" jahanam abis. Semua org kapir buat nak TIRU :(
7. IkuT adaT Tak salah, yg salahnya IkuT adaT Tapi langgar SyariaT.



Wallahualam.

Tuesday, September 13, 2011

Kurang Ajar Dgn Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar tangan yg menggambarkan Hati


Hati adalah satu organ yg amat penting dalam badan, kalau busuk ia, maka kelakuan kita pun secara kita tak sedar akan teruk juga, kenapa ada orang betul2 hati dia busuk, sampai takleh tgk org lain senang, ada ajer perkara yg dia nak komplen, yang paling kita TAKUT secara tak sengaja kita terKURANG AJAR dgn ALLAH. mengapa hati kita busuk ek???

apa maksud kita terKURANG AJAR pada ALLAH? Contohnya :

Status-status kat Facebook

Status 1 - SIAL lah... Hujan pulak, tak pasal2 basah baju aku.
(setakat baju basah kecoh, kalau kemarau cammana? bukankah hujan itu rahmat)

Status 2 - Ya Allah, kenapa lah kau uji aku mcm ni? aku dah tak sanggup ni.
(Allah maha mengetahui dan Allah PASTI takkan berikan ujian pada hambanya jika hambanya tak larat tanggung ujian itu)

Status 3 - Sapa lah jadi kan kau ni, bangang sangat.. kan lebih baik kau dijadikan babi jer!!!!!
(suka2 jer hina ciptaan Allah)

Dan banyak lagi.... korang renung2kan lah.


P/S = Ini belum saya dedahkan status2 yg secara tak sengaja membuka rahsia rumahtangga dan mengaibkan sang suami mahupun sang isteri... Insyaallah akan didedahkan... takpun korang dedahkanlah, pastu PASE kat wall FB saya (",) mcm status yg berbunyi "SUAMI AKU, KALAU AKU CAKAP APA PUN DIA IKUT" (melambangkan dia kawin ngan suami yg bodoh dan dia bodoh kawen ngan org bodoh).... OPSSS.... terlepas sikit..heeeee

Wallahualam

Friday, September 9, 2011

Khairul Anuar Zilan Dan Khairul Anuar Zuihaili yg SEKSI XXX

Ini bukan gambar Khairul Anuar Zilan Dan Khairul Anuar Zuihaili tetapi gambar 2 beradik yg bernama Azfar Roslan(adik) DAN Zabid Roslan(abang)


Khairul Anuar Zilan

Khairul Anuar Zilan seorang manusia yg sangat gagah dan kuat. Pergerakan Khairul Anuar Zilan amat pantas sekali.

Pada suatu hari Khairul Anuar Zilan ditawarkan satu pekerjaan yg amat Lumayan JIKA Khairul Anuar Zilan boleh menyelesaikannya dgn PANTAS.

Bagi Khairul Anuar Zilan bab PANTAS ni mmg takde masaalah, dah mmg Khairul Anuar Zilan mmg dikenali dgn kepantasan. Kerja tersebut adalah menumbangkan pokok2 balak yg ada di sebuah hutan yg amat TEBAL dah besar supaya clear semuanya sbb kawasan tersebut hendak dijadikan SEBUAH NEGARA.

Maka Khairul Anuar Zilan pun teruskan kerjanya....

Pada hari Pertama : Khairul Anuar Zilan berjaya menumbangkan pokok2 tersebut seluas Negeri Pahang dgn KEGAGAHANNYA.

Pada hari Kedua : Khairul Anuar Zilan mengeluarkan berjaya menumbangkan pokok2 tersebut seluas Negeri Melaka dgn KEGAGAHAN DAN KEKUATANNYA.

Pada hari Ketiga : Khairul Anuar Zilan berjaya menumbangkan pokok2 tersebut seluas Pekan Kajang sahaja tetapi menggunakan KEGAGAHAN DAN KEKUATANNYA SERTA KEPANTASANNYA.

"Khairul Anuar Zilan PENING memikirkan masaalahnya... hari pertama aku hanya gunakan KEGAGAHAN sahaja namun Kawasan seluas Negeri Pahang dapat aku Tumbangkan. Hari kedua aku gunakan KEGAGAHAN DAN KEKUATANNYA, Tapi hanya seluas Negeri Melaka sahaja.

Yg lebih pelik pada hari ketiga aku gunakan KEGAGAHAN DAN KEKUATAN SERTA KEPANTASAN TAPI besar PEKAN KAJANG jer... pening kepala aku, mesti pokok2 pada hari ketiga ni lebih KERAS drpd Pokok sebelum ni"

Maka Khairul Anuar Zilan tanyakan masaalah ini pada ALONGNYA yg bernama Khairul Anuar Zuihaili

Khairul Anuar Zuihaili(along) : Last sekali kau asah kapak kau bila???

Khairul Anuar Zilan : mana ada masa long... saya SEBOK nak MENEBANG jer. takut lambat kalau ASAH KAPAK.

P/S = rasa2 korang pun tahu PENGAJARAN KISAH NI KAN (",)

P/S ke dua = tidak semestinya Abg lebih BIJAK drpd Adiknya..heeee (statment jaga hati adik ni) heeeeee

Friday, June 24, 2011

Peristiwa Nakhbah@Nakbah (malapetaka atau bencana besar) 15 MEI 1948


Apakah Tarikh-Tarikh yg Kita ingat dan selalu ada dalam kelander hidup kita...???? DAN selalu kita RAIKAN

Contohnya :
  1. Bday Sendiri 6 Januari 1983
  2. Bday Kekasih Hati 23 Julai 1983
  3. Tarikh Keramat(Rahsia) 1 Julai 1998
  4. Hari Raya 1 Syawal Tiap-tiap tahun
  5. Merdeka 31 Ogos Tiap-tiap tahun
  6. New Year 1 Januari Tiap-tiap tahun dan lain2 tarikh lagi
TAPI ada juga TARIKH2 YG AGAK PENTING JUGAK kita KURANG ingat seperti:
  1. 12 Rabiulawal Tahun Gajah - Kelahiran Rasullullah S.A.W
  2. 27 Rejab - Peristiwa Israk Mikraj
  3. 21 Rabiulawal 1403 - Kelahiran Mohd Zabid Al-Roslan dan Lain2 lagi....
Tapi hari ni aku nak cerita tarikh yg patut kita bagi tau dan sebarkan supaya KITA dan KELUARGA kita SERTA UMAT ISLAM keseluruhannya terus menerus tanpa henti MEMBENCI YAHUDI lahanatullah...!!!!!

ianya adalah tarikh 15 MEI 1948 berlakunya Pengistiharan NEGARA HARAM ISRAIL dan BERMULAnya Titik Hitam pada SAUDARA KITA di PALESTIN.

Sebenarnya aku pun baru tau Tarikh 15 MEI 1948 ada peristiwa Nakhbah, setelah diberitahu oleh Khatib Di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya.....

Rentetan Khutbah Pada Jumaat tadi adalah LEBIH KURANG SEPERTI di lawan web ini : http://hatiwanita.wordpress.com/2008/06/04/peristiwa-nakbah-malapetaka/...

Korang Malas nak KLIK.... haaaaa..... baca jer kat bawah ni....

Jangan MALAS baca.... sbb ingatlah DUIT GAJI, ELAUN, CLAIM, KEUNTUNGAN, DUIT, HARTA yg korang DAPAT adalah REZEKI drpd ALLAH...

Baca yer wahai Saudara ku SEKELIAN



Hari ini khatib hendak membawa perhatian sidang Jumaat kepada satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Persitiwa tersebut dikenali sebagi Nakbah yang membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram israel diistiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 tahun ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh ,masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk merempat di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini nasib mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Jika ada di kalangan kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai serorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?
Yang pertama inilah akibat dari leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa ‘nation state’ yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat ini diiktiraf oleh al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT ‘Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan Daku’. Di tempat yang lain Allah berfirman ‘Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertaqwa kepada-Ku”.. .
Oleh kerana begitu mendalamnya konsep ‘nation states’ yang diperkenalkan oleh penjajah maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentimen merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain. Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam. Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil mahsulnya tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas aqidah yang kukuh. Apabila aqidah berjaya dihakis dari jatidiri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu persatu. Bahkan ‘legacy’ penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang ‘artificial’ sehingga wujudlah 67 negara bangsa yang kadang-kadang hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti halnya Mesir dan Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Mauritania, Chad, Somalia, Ethopia dan Eritrea… Seperti halnya Jordan, Syria, Iraq dan bahkan Palestin. Seperti juga halnya Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 67 buah dan menempatkan 1.6 billion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroluemnya tetapi seolah-olah mandul tidak dapat berbuat apa-apa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Ketidakpedulian umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah dari sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu dari wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting dari itu ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita punya tiga tanah suci dan bukan dua. Di samping Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Ia menjadi transit atau tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ia mengisyaratkan Baitul-Maqdis mempunyai makna yang cukup besar bari Rasulullah SAW dan bagi umat Islam. Di samping itu Masjid al-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan lewat hadis-hadis yang berkaitan. Bersembahyang di Masjid al-Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.
Solat di Masjidil-Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul-Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)
Masjid al-Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut
Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra’ bin `Azib:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده من الأنصار وأنه صلى قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا أو سبعة عشر شهرا.
Daripada al-Barra’ bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul-Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan
Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi Masjid al-Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.
Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul-Maqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari
Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Saydina Umar al-Khattab RA telah mengistiharkan Baitul-Maqdis yang melengkari Masjid al-Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom Timur (Byzantium).
Isi khutbah kedua
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini. Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul-Maqdis timur di mana terletaknya masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul-Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Di saat ini ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik di potong, tidak ada barangan yang boleh di bawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan kepada mereka. Hari ini pesakit-pesakit meninggal semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk peyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk tiga bulan yang pertama pada tahun 2008 sahaja telah mencecah 300 orang.

Wednesday, June 15, 2011

First Time Puas Bersama Jiran Sebelah dan Adik Member



First Time Puas Bersama Jiran Sebelah dan Adik member....... sebenarnya terdapat kesilapan menaip pada TAJUK ENTRY... sebenarnya berbunyi begini :-

"First Time PUASA Bersama Jiran Sebelah dan Adik Member"

Kisahnya ada sorang mamat ni baru Pertama kali puasa sunat bersama JIRAN sebelah rumah dia yg kebetulan adik member dia jugak... maknanya member dia ni, ada adik... dan jiran dia tu member dia jugak... mamat ni jiran pada adik member dialah.. dia org ni duduk sebelah rumah... kalau dah duduk sebelah rumah maknya jiran lah kan.....

Kisahnya bukan pasal jiran... sebenarnya pasal PUASA... dia org ni puasa sunat pada hari Isnin... pertama kali katakan.... seronok lah bagai nak rak......

Tiba-tiba adik member dia ni tanya.... "abg tau tak, bulan ni bulan apa.???" mamat tu jawab "bulan JUN lah, tu pun kau tak tau??"

adik member : "bukan... maksud saya kalau dalam Tahun Hijrah"

mamat tu pun garu kepala yg tak gatal...... (kira tak tau lah)....

OK KITA TUTUP DULU KISAH PUAS BERSAMA JIRAN ni.......

Korang tau tak pada hari ini 15 Jun 2011 bersamaan 13 Rejab 1432H?????

apa SEPESIALnya atau MENARIKnya Bulan Rejab ni...... Sebenarnya ada peristiwa @ SEJARAH yg PATUT kita TAU dan Sebarkan pada ketuturan kita....... CERITAlah kisah ni selalu pada anak2 anda..!!!!

Kisah yg amat Hebat dan penuh makna pada kita.....

IAITU

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Peristiwa pertama : Rasullullah S.A.W DIBEDAH

Peristiwa kedua : Rasullulah S.A.W BERHENTI DAN SEMBAHYANG di beberapa tempat SEPERTI di Madinah, Bukit Tursina(Tempat Nabi Musa menerima Wahyu) dan Baitul-Laham (Tempat Nabi Isa dilahirkan).

Peristiwa 3 : gangguan drpd Jin Afrit dgn api jamung

Peristiwa 4 : kaum yg menanam dan menuai

Peristiwa 5 : bau kubur yg harum

Peristiwa 6 : org yg sedang PECAHKAN KEPALA SENDIRI

Peristiwa 7 : sekumpulan org yg menutup KEMALUAN

Peristiwa 8 : ada Lelaki dan Perempuan MAKAN DANGING MENTAH

Peristiwa 9 : Lelaki yg BERENANG dalam SG DARAH

Peristiwa 10 : Lelaki yg tak terdaya memikul kayu

Peristiwa 11 : Kaum yg MENGGUNTING LIDAH SENDIRI

Banyak lagi PERISTIWA2 yg Rasullullah S.A.W dapat lihat sepanjang OTW Baginda dari Mekah(Masjidil Haram) ke Palestin (Masjid Al - Aqsa) yg ada di KLIK SINI

Sampai jer kat Masjdi Al- Aqsa, Rasullulah S.A.W menjadi IMAN kepada para anbia'....

kisah lanjut KLIK SINI

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Wednesday, June 1, 2011

Super Pemaaf - AL-AHNAF

Gambar sekadar hiasan


Al-Ahnaf bin Qais, salah sorang sahabat nabi yg mulia. Beliau di gelar Abu Bahr berasal dari bani Tanim. Dia di panggil Al-Ahnar kerana kecacatan kakinya.

Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w Betapa harumnya nama Al-Ahnaf sehingga diumpamakan,

"Lebih lemah-lembut berbanding al-Ahnaf (ahlam min al-Ahnaf)."

Pernah diriwayatkan seorang mengutuk dan mengeji al-Ahnaf.

Lelaki : %^&^(^)*^^(^(^^*^) (kata2 yg begitu kesat)

Al-Ahnaf masih buat dekkkk...jer

Lelaki : ^&%&&%*%(^(^80...tututuu(**$$## (kata2 yg lebih kesat dari yg kesat)

seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri Al-Ahnaf masih buat tak tau....

Lelaki yg memaki mengutuk dan mengeji AL-Ahnaf terus mengikut kemana saja Al-Ahnaf pergi dan terus mengeji dan mengutuknya tanpa jemu.... Al-Ahnaf buat apa????? hanya berdiam tanpa membalas perbuatan lelaki itu.

Tiba2 Al-Ahnaf menghentikan perjalanannya dan berkata

Al-Ahnaf : ada apa2 lagi yg kau nak cakap.... sbb ni dah dekat ngan umah aku ni... kalau nak cakap apa2 lagi.. cakap lah sekarang.... takut dengan kata2 kau tu... jiran2 aku akan menyakiti kau.

DALAM KISAH YG LAIN PULAK

Seorang lelaki mengutuk dan mengji Al-Ahnaf... Beliau diam seribu bahasa... Lelaki tadi tanpa putus asa dan bersemangat terus menghina dan mengutuk Al-Ahnaf. Sehingga tiba masuk makan tgh hari, Al-Ahnaf berkata "Ini makanan tgh hari kami. jom makan bersama kami".

Al-Ahnaf pelawa dgn penuh ikhlas, lelaki yg menghinanya rasa amat malu. Usaha lelaki itu utk menyakiti Al-Ahnaf sia-sia sahaja.

Begitu lah kisah sahabat Nabi yg amat LEMAH-LEMBUT, PEMAAF, TIDAK BERDENDAM dan TIDAK BARAN malah nerkhidmah dalam menghadapi sebarang situasi.

P/S = Bencilah kerana Allah, Marahlah kerana Allah. Jika terasa PERASAAN MARAH membuak2, berfikirlah

"ADAKAH AKU MARAH KERNA ALLAH ATAU MENGIKUT NAFSU AMARAH????"

rujukan SOLUSI isu no 29

Thursday, May 19, 2011

SAYA SUKA TENGOK CERITA LUCAH@BLUE@PRONO@XXX@SEX

Gambar sekadar hiasan yg penuh makna



Kisah ini mungkin kisah BENAR yg mungkin anda pernah lihat dan mungkin juga anda pernah baca dan mungkin anda pernah dengar.... Kisah tersebut mungkin ada pengajaran buat anda...... DAN MUNGKIN CERITA TERSEBUT ADALAH KISAH HIDUP ANDA..!!!!!!!

Tiada Gambar untuk di letakkan (",)

Dulu saya teruk, dan kini Alhamdullillah, kenal sedikit agama (pergh... dah macam nukilan adik aku lak). Tapi masaalah BESAR bagi saya dulu saya suka tengok filem lucah. (saya tu bukan aku tau). Sudah jadi tabiat saya.... dan saya pun bertanya pada seorang Ustaz

Saya : Ada tak doa2 untuk menghilangkan TABIAT saya ni dan doa2 untuk menghilangkan NAFSU jahat saya ini ustaz?????

Jawab Ustaz TERSEBUT

Ustaz : Kuncinya Allah.... "Allah Cipta Kamu Dan Perbuatan Kamu". Mula2 mintak pada Allah(Hakikat dulu) dahulu barulah ikhtiar cara lain.... BERDOALAH supaya di lindungi daripada sifat2 yg BURUK.

DAN amalkanlah petua yg Rasullulah S.A.W "Fa alaikum bis siam" yg bermaksud AJARLAH DIRI kamu BERPUASA....

PUASALAH SUNAT dgn niat hendak mengekang nafsu, InsayaAllah PUASA akan jadi PENAWAR untuk sapa2 yg FEBERET tgk blue ni....

Dalam hadis yg lain Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya PUASA ini bagi orang-orang muda itu adalah WIJAQ iaitu PERISAI YG AMAT AMPUH" JADI amalkan puasa sunat..... BUAT sekali tak jadi.... teruskan lagi..... tak jadi lagi... teruskan jugak.... apabila Allah lihat kita bersungguh2, insyaallah Allah akan BERI apa yg kita inginkan itu.

P/S = KALAU TAK TAHAN JUGAK, KAWINLAH.... pegi tgk tu buat apa.... KITA BAKOR jer CD CD yg ada tu....

Wednesday, April 27, 2011

ADA UBAT KAH SAKIT JANTUNG(kardiovaskular) ATAU LEBIH BAIK KITA CEGAH..????

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas



Artikel ini berguna untuk kita semua.
Ia bukan sahaja berkenaan amalan meminum air panas selepas makan, tetapi ia berhubung dgn SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AISakan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/SUAM selepas makan.

Sayangilah Jantung Anda



Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Actually Kak Na copy artikel nie dr facebook ..... tetiba teringat kawan baik Kak Na ms kt UiTM (Syariza) yg baru kehilangan ibu yg tersayang April 2011 (tarikh Kak Na lupa plak). Ibu Iza meninggal kena serangan jantung kali pertama !! Asalnyer arwah cuma mengadu sakit dada .... apa yg dikesalkan Iza, arwah x pergi ke Hospital utk pemeriksaan lanjut ...... ia berlaku terlalu pantas .... seminggu arwah mengadu sakit dada dan hanya ke klinik saje. Sedih rs Kak Na coz masa belajar dulu selalu jugak Kak Na g rumah Iza kt Klang ...... klu kami x ke sana ibu Iza akan dtg Shah Alam bwk makanan !!! Rs sedih Kak Na bertambah2 bila mengenangkan Iza x sempat pon jumpa arwah buat kali terakhir coz Iza & family ada kt Dublin. Tak dpt Kak Na bayangkan klu itu berlaku pd diri Kak Na. Jauh disudut hati Kak Na berdoa moga abah & mak sihat, di panjangkan umur dan jauh dr segala penyakit......amin.
Kak Na harap Iza tabah hadapi dugaan ini ..... dan kepada arwah moga ditempatkan dikalangan org yg beriman .... Al - Fatihah !!!!

Sunday, March 27, 2011

BERSYUKURLAH

Gambar Sekadar Hiasan


Manusia : boring nyer aku hari ni, apa nak buat yer????

Kayu : kalau mcm tu, apa kata kita tukar. kau manusia jadi kayu.. aku ni kayu jadi manusia. (dalam hati kayu "Allah dah jadikan kau manusia, byk komplen lak, kalau aku jadi manusia, pasti aku tak boring aku leh baca Al-Quran, Solat sunat, Ziarah org sakit, Buat baik... ish ish ish.. mcm2 aku boleh buat... tak reti bersyukur betul... cuba lah kalau boring2 tu ucapkanlah الحمد الله tanda syukur pada Allah yg memberi kita OKSIGEN PERCUMA")

Kisah ini memang ada kenamengena dengan sapa-sapa pun (",)

P/S = bestnya kalau BATU,KAYU,TUNGGUL, dan lain2 boleh bercakap dan sound MANUSIA

Thursday, December 16, 2010

10 MUHARRAM

Gambar Sekadar Hiasan


PERISTIWA 10 MUHARRAM


* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan malaikat Jibrail.

Tuesday, August 24, 2010

DOA MAKBUL




Selalu berdoa?

Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.

Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”

Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.

Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.
Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.
Akhirnya saya dapat 9A.

Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.

Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.

Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.

Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapamereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah.

Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak memintadunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.

Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.
Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.

Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.

Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:

“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”

MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.
“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.
Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.

hilal asyraf~langitilahi.com

"Ya Allah..kalau Engkau tolak doa kami ini..Engkau terimalah doa orang yg mendoakan kami.."

Friday, August 13, 2010

MENCIUM TANGAN SELEPAS DOA

Tersebutlah Sebuah Kisah drpd Cikgu Sarah Samah :-

Aku masuk kelas seperti biasa mengajar murid-murid 3 dan 4 tahun. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya. Aku pun merenung anak-anak muridku lalu berkata "Habis basahlah baju yang cikgu baru jemur pagi tadi". Salah seorang anak muridku iaitu Izat berkata "Cikgu baliklah angkat kain dulu". Aku pun berkata "Jauh ler rumah cikgu, kalau cikgu balik pun mesti baju dah basah".

Apa kata kita berdoa kepada Allah dan doa supaya hujan berhenti. Lalu anak-anak muridku pun menadah tangan ke langit dan berdoa. "Ya!Allah biarlah hujan berhenti supaya baju cikgu kering. Amin" dan mereka pun mencium tangan masing-masing. Tidak sampai 2 minit hujan pun berhenti dan matahari pun keluar dengan terang benderangnya... Dalam hatiku pun berkata-kata.. "Alhamdulilah makbul doa mereka yea".

Habis kelas dalam sekitar pukul 11.15 pagi aku pun balik rumah. Sesampai aku dirumah aku pun bertanya auntie selang sebuah rumah(Cina)yang sedang menjemur kainnya "Auntie tadi hujan ker" Aku bertanya kerana musykil memandangkan semua baju yang ku jemur tadi kering belaka malahan siap jatuh ke lantai lagi. "Hujan tapi kejap sahaja, Auntie nak angkat tapi pintu pagar kunci" Lihatlah betapa prihatinnya jiran cinaku ini.

Aku pun termenung sekejap bukankah tadi anak-anak muridku sudah doakan. Aku teringat kisah Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kali beliau berasa badannya tidak sihat, beliau pasti memberikan wang kepada kanak-kanak sambil meminta agar mereka mendoakan beliau sihat kembali. Mereka suci dari dosa dan pasti doa mereka makbul. Bukankah salah satu keadaan yang makbul doanya bila hujan turun lebat. Ustaz juga ada menyatakan Allah suka kepada mereka yang mencium tangannya selepas berdoa walaupun tangan kita berbau ikan.... Anak-anak muridku mencium tangan mereka selepas berdoa.... Aku pasti doa mereka makbul kerana mereka adalah anak-anak yang suci bersih.

Namun sekiranya kita berdoa dan doa kita makbul itu tandanya Allah sayang kepada kita, Sekiranya doa kita tidak makbul, tandanya Allah sedang menguji kita untuk meningkatkan iman kita. Yang pasti apa yang baik pada pandangan kita belum tentu ianya baik untuk kita, dan tidak semestinya sesuatu yang tidak baik pada pandangan kita adalah tidak baik untuk kita. Allah pencipta kita pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita selaku hambanya. Bersangka baik dengan Allah Rabulallamin.

Monday, April 20, 2009

Kisah TELADAN

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

P/S = Ramai org mahu kaya dgn jalan pintas, tanpa berfikir panjang terus buat "personal loan" dan melabur pada skim-skim "MLM" pastu menyesal, bonus hanya masuk sekali, duit "persenol loan" kener bayar bulan-bulan. Ingin Kaya, Banyak duit Atau dapat BONUS yg BANYAK Bukan dgn modal yg banyak sahaja TAPI dengan ILMU juga.