Thursday, April 25, 2013

LIRIK GWIYOMI DALAM BAHASA MALAYU (",) gi ngaji beb baru cute(comel)

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar ni di ambil drpd Internet tanpa kebenaran sesiapa (",)



video



Syok wo mengaji dari melayan "we chat" oh!
disayang ummi abah juga disayang Alloh
opah 'bah' pesan kalau khatam quran
akan dibelikan tora, dingdang dan juga kasut roda..

kalau tak pandai ngaji nanti cam mana mo 'nikoh'?
=nikah
kena ajar isteri dan anak lepas 'nikoh'
=nikah
betulkan sebutan dan tajwid mereka
barulah sweet(manis) tanpa diabetes :)

Listen up! Listen up! Yo!

sapa mau comel? gi ngaji
mau di sayang Alloh? gi ngaji
mau di cinta nabi? gi ngaji 
gi ngaji
gi gi ngaji

mau jadi cute? gi ngaji
mau masuk syurga? gi ngaji
mau di cium ummi abi? .... gi ngaji
Yeaaahhh...!!!!! (",)



wallahualam













Friday, May 4, 2012

KEUNIKAN NAFAS KITA (",)

بسم الله الرحمن الرحيم

YANG HIDUP PASTI MATI

Gambar di Masjid Qariah Kg. Melang Kuala Pilah Negeri Sembilan





Ikut saya k.....


Tarik Nafassss......
Lepassss.....

Tarik Nafassss......
Lepassss.....

Tarik Nafassss......
Lepassss.....

lepastu ucapkanlah Alhamdulillah, sbb semasa anda baca dan buat gerakan ini, ada manusia yg hanya mampu Tarik Nafas dan terus tak lepas-lepas (Innalillahwainnailahiragiun).

Wallhualam

Friday, April 27, 2012

Bukan Kisah Cium Mulut

بسم الله الرحمن الرحيم

SIKAP MANUSIA

Gambar Sekadar Hiasan (",)


Kisah ni berlaku masa saya pegi klinik rakan medik kat bandar baru bangi sbb sakit tekak(tonsil), yg saya nak jadikan isu ni bukan pasal sakit tekak, tapi pasal sikap seseorang sebagai pengajaran buat kita semua.

Adalah sorang mamat ni, di masuk klinik ni, pastu dia tanya kat kauter "Ramai lagi ker?" pastu nurse tu jawab "ramai lagi dik"... (lepastu mamat tu belalu sambil meninggalkan satu kata2 yg penuh sopan)

"BOLEH MAMPOS, LAMA AKU TUNGGU KAT SINI" (sopan tak???)

Apa dia ingat Allah pinjamkan mulut tu utk keluarkan kata2 mcm tu? Akhirat kelak apa dia nak jawab kalau Allah tanya?

Moga2 kita jadi orang2 yg menjaga kata2, ingatlah, kita pinjam je semua ni, Kalau pinjam harta orang pandai lak kita nak jaga elok2.

Wallhualam

Friday, April 20, 2012

SAYA NAK JADI TETAMU ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

DIDIKAN YANG BETUL

Ikutilah perbualan seorang Pakcik (29tahun ketika story ni) dengan seorang Anak kecil berumur lingkungan 5 tahun di perkarangan masjid :

Pakcik : Assalamualaikum

Anak Kecil : Walaikummussalam

Pakcik : tengah baca buku apa tu???

Anak Kecil : buku matematik

Pakcik : oooo... nak jadi pelajar pandailah ni???

Anak Kecil : Mestilah...

Pakcik : Kenapa nak jadi pandai???

Anak Kecil : kalau pandai nanti ibu ngan ayah gembira, saya boleh dapat pahala (sambil tersenyum)

Pakcik : Wah.... cikgu ajar yer cakap macam ni???

Anak Kecil : ehh... taklah acik, Ibu ngan Ayah yg selalu pesan mcm ni, kalau byk pahala kita masuk syurga, kalau banyak dosa kita masuk neraka..... Ziyad takut masuk neraka. (oooo nama budak ni Ziyad)

Pakcik : Lagi apa yg selalu Ibu ngan Ayah Ziyad pesan???

Ziyad : Ibu ngan Ayah selalu cakap, kalau Ziyad dah besar, pastu dah jadi orang kaya, jangan tinggal solat sbb nanti jadi miskin balik (sambil tersenyum). Pastukan Ibu ngan Ayah cakap, kalau dah banyak duit, jangan beli kereta mahal2, jangan beli rumah mahal2, SBB nanti duit abis tak boleh pegi HAJI... Nanti duit abis tak boleh bayar ZAKAT.... Ziyad nak pegi HAJI dan bayar ZAKAT sbb nanti boleh masuk syurga, Ziyad taknak masuk neraka... takut... ada api.... panaz. (dengan raut wajah yg membuktikan dia takut)



Pesanan Zabid pada puterinya :

Wahai Puteriku Zuyyin Eimanina, ingatlah.... dah besar nanti jgn berimpian nak kaya pastu nak beli umah besar lah, nak melancong serata dunia lah, nak keta sport lah... TETAPI berimpianlah untuk membayar ZAKAT dan menjadi tetamu Allah (UMRAH dan HAJI). Insyaallah kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Ingat pesan ayah yer (",)


Wallhualam


Friday, April 13, 2012

SALAM CIUM TANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

ANAK CIUM TANGAN AYAH KE??? AYAH CIUM TANGAN ANAK???


Situasi Pertama (Anak Cium tangan ayah), sila lihat dan baca gambar kat bawah ni :

Gambar di ambil dari majalah Solusi



Situasi KeDua (Ayah Cium tangan anak), sila lihat dan baca gambar kat bawah ni :

Gambar di ambil dari majalah Solusi

maka kedua-dua pun boleh, cuma situasi kedua jarang kita lihat (",)

Wallahualam

Tuesday, April 10, 2012

APA ITU RIBA? BEST KER RIBA' NI? KENAPA RIBA' TU DOSA?

copy bulat2 dari IBNU MUSLIM

Hukuman Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
“Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh :
“ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bersambung...

Sumber: zaharuddin.net

Friday, April 6, 2012

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI

بسم الله الرحمن الرحيم

IMARAH MASJID (jom ramai2 datang)

PIC diambil dari FB


Selalu kita gi karnival sana sini, apa kata kita try gi karnival ni pulak. 4 - 6 Mei 2012

Santapkan rohani anda dengan CERAMAH DAN KULIAH

Perdengarkan aramo terapi untuk telinga anda dengan PERTANDINGAN NASYID

Sukan populor abad ini FUTSAL FUTSAL FUTSAL FUTSAL FUTSAL pun ada wei...!!!!!

Bawalah anak-anak atau adik- adik anda untuk menyertai PERTANDINGAN KANAK-KANAK

Untuk wanita pun ada iaitu PERTANDINGAN UNTUK WANITA (Pastinya bukan ratu kebaya)

Pabila badan sehat, Insyaallah Ibadah kita lebih berkualiti maka PEMERIKSAAN KESIHATAN & DERMA DARAH pun ada

DAN BANYAK LAGI PROGRAM

JOM KITA PAKAT DATANG RAMAI.

MASUK ADALAH PERCUMA...!!!!!

Saturday, March 3, 2012

Nama Anak Mawi dan Eikin ada kaitan dengan Lalat dan Lebah

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama Anak..???? Penting ker????

yer... nama anak mmg sgt2 penting, tapi apa yg penting tu??? yg penting adalah maksud nama itu... sbb kalau maksud tak baik ianya boleh mempengaruhi perangai dan aib pada anak tersebut... contoh nama yg maksudnya tak baik... Abdul Fulus (Hamba Duit).

Tapi apa yg saya nak utara timur barat selatankan adalah berkenaan pandangan kita pada sesuatu perkara, perbualan kami beberapa hari lepas berkenaan KOMEN org tentang nama anak Mawi dan Eikin, nama puteri mereka adalah CAHAYA MALAIKA. Mcm2 komen yg saya dgr, saya terkesima nak kongsi satu kisah berkenaan LALAT dan LEBAH.



Gambar lalat dan lebah ini di ambil tanpa kebenaran kat google (",)
Tahukah anda Surah Lebah ada dalam Al-Quran dan di badan Lalat adanyer Racun dan Ubat.


Situasi Pertama

Disuatu taman bunga terdapat seekor LALAT yg berjalan2 keseorangan, eh berterbangan keseorang. Dikawasan yg indah itu LALAT tersebut berkata. "Ish.. boring bosan dan menyampahnya aku kat tempat ni, pusing kanan bunga, pusing kiri bunga... manalah TAIK untuk aku hinggap ni????"



Situasi Kedua

Disuatu kawasan lorong yg penuh najis dan sampah seekor LEBAH yg tersesat dari dataran guandog china berterbangan keseorangan dan kesepian, dikawasan yg penuh najis dan sampah itu berkata LEBAH tersebut. "mcm mano den boleh sosek kek sini, mano lah bungo-bungo yg indah dan wangi ni, tompek yg seleso utk den lepak-lepak, wahai BUNGA, mano lah kamu ni???"


Anda Pilih lah sendiri utk jadi PANDANGAN LALAT ke PANDANGAN LEBAH?????


Wallahualam.

Tuesday, February 21, 2012

Bangun Tidur - 24jam Bersama Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

BANGUN TIDUR

1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan ini digalakkan berdasarkan :

Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 183.


2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.

Doa Bangun Dari Tidur


3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.


4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.


5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.


Sumber : Kumpulan doa, Zikir dan Amalan Seharian Nabi Muhammad SAW. Judul asal, Akhtar Min Alf Sunnah Fi Al-Yaum Wa Al-Laylah, - Syeikh Khalid Al-Husaynaan

Walahualam

Wednesday, February 8, 2012

SAYA RINDU RASULULLAH SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

JABAL THUR (Lokasi yg pernah diduduki oleh Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah)


Kita kata kita sayang Rasulullah SAW,
Kita kata kita rindu Rasulullah SAW ,
Kita kata kita umat Rasulullah SAW ,
Kita kata kita nakkan syafaat Rasulullah SAW ,
Kita kata kita nak jumpa Rasulullah SAW ,

Tapi kita selalu ambil ringan dgn sunnah2 Rasulullah SAW ........

Marilah kita semua menghidupkan sunah2 Rasulullah SAW kembali (",)


Disini ingin saya kongsikan sebuah Mutiara Kata daripada seorang ustaz(tak ingat nama dia), masa tu saya dengar ceramah kat Surau Al-Ehsan Bandar Baru Bangi.


"Orang yg meninggalkan Ibadah SUNAT,
lama kelamaan dia akan meninggalkan Ibadah yg WAJIB,

Orang yg selalu melakukan perkara2 yg MAKHRUH,
lama kelamaan dia akan dia akan melakukan perkara2 yg HARAM"




Walahualam

Friday, February 3, 2012

Kisah Rasulullah SAW dgn Bukit Uhud

بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Sunnah itu Perlakuan. Hadis itu kata-kata


Kisah ringkas ni saya dapat drpd kuliah maghrib oleh TG Haron Din. Jika ada berlaku keralatan dlm kisah ni, ianya kesilapan saya menaip.

Rasulullah SAW suka menziarahi bukit Uhud. Pada suatu hari Rasulullah SAW dan Sahabat (Abu Bakar, Umar dan Usman) berada di atas Bukit Uhud, Tiba-tiba Bukit Uhud bergegar.

Dengan gegaran itu Rasulullah SAW menghentakkan kakinya dan bersabda.
"Wahai bukit Uhud, di atas kamu ni ada seorang Nabi, As Siddiq dan 2 org Syahid."

Secara tiba-tiba bukit uhud pun berhenti.


Nabi = Rasulullah SAW
As Siddiq = Syaidina Abu Bakar
2 Syahid = Syaidina Umar dan Syaidina Usman

Syaidina Umar mati dibunuh semasa mengimamkan solat subuh di Masjid Nabi.

Syaidina Usman mati dibunuh semasa sedang membaca Al-Quran ketika berlaku pemberontakan di Madinah.

Wallahualam



Friday, January 6, 2012

4 Perkara Buat Hati Kita Busuk atau Busuk Hati

Gambar Sekadar Hiasan

CIRI-CIRI seseorang yg telah rosak atau telah gelap atau bahasa yg selalu kita guna "BUSUK HATI". Mereka akan rasa berita BENAR itu adalah KARUT dan berita yg BURUK itu lebih SEDAP didengar. DAN mereka akan rasa TIDAK SENANG apabila BERCERITA tentang Agama..

CIRI-CIRINYER : mereka tidak akan baca sampai habis cerita2 BAB AGAMA TAPI kalau bab Hiburan... walaupun 3 muka surat... mereka sanggup habiskan dgn tenang.

CIRI-CIRINYER JUGAK : selalu nampak yg buruk ajer kat orang lain, perkataan2 yg keluar dari mulut dia BIASANYA perkataan2 yg memburukkan orang lain. "Asal buruk ajer org lain"

CIRI-CIRINYER lagi : KALAU HATI dah gelap... Orang cerita pasal agama, dia akan cakap
"Alah... Poyolah dia ni,,, mcm bagus".

Tapi kalau Kisah-kisah GOSIP2 FITNAH2 tentang ARTIS... habis dia sebarkan dan dengar dgn penuh kusyuk dan rasa gembira dgr berita2 gosip ni.

Mari kita muhasabah diri DAN lihat adakah kita ni tergolong dalam org yg BUSUK HATI. sama2 kita doa supaya hati yg Bersih tidak ditambah dgn Bintik2 Hitam yg akan buat hati jadi GELAP, KOTOR dan BUSUK.

Petikan di bawah ini saya ambil dari sebuah KITAB FADHILAT AMAL, Fadhilat Zikir Bab 2 : Kalimah Toyyibah, Hadith 7, Muka Surat 124.


4 Perkara yg merosakkan hati manusia :

  • Berbahas dengan orang-orang jahil,
  • Melakukan banyak dosa,
  • Banyak bergaul dengan wanita yg bukan Mahram dan
  • Banyak duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda S.A.W. ditanya, "Siapakah yg dimaksudkan dgn orang yang mati?" Jawab Baginda S.A.W. "Setiap orang kaya yg menjadi sombong kerana hartanya".



Wallhualam

Saturday, December 10, 2011

الله اكبر

Menarik Gambar ni

Gambar saya amik kat FaceBook

Friday, November 25, 2011

TUAN GURU DATO' HARON DIN DI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI


بسم الله الرحمن الرحيم

SAMBUTAN 1 MUHARAM 1433 DI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI

Gambar diambil dari Surau Al-Ehsan Bandar Baru Bangi

Forum Perdana Ehwal Islam
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1433H

Tajuk : HIJRAH KEARAH PEMANTAPAN AQIDAH UMMAH

Hari : Ahad

Tarikh : 1 Muharam 1433H @ 27 November 2011

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi (Berdepan Klinik Az-Zarah & Klinik An-Nur)

Ahli Panel : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Moderator : Dr. Mohd. Khairudin Aman Razali

MASUK ADALAH PERCUMA


Wednesday, November 23, 2011

KEHIDUPAN YG KEKAL ABADI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sapa kaT sini pernah Tgk ceriTa Dragon Ball, dalam ceriTa Tu kebanyakan org jahaT nak carik Dragon Ball sbb nak hidup kekal abadi selamanya. Tapi maksud saya adalah hidup kekal abadi adalah hidup kiTa di akhiraT Kelak (",)


Gambar amik kaT Google

MaTlamat kiTa dlm kehidupan ini bakal membinasakan kiTa kelak,
JIKA MaTlamaT TersebuT Tiada kaiTan dgn kehidupan KiTa yg kekal abadi.

Usah kiTa fokuskan unTuk kehidupan yg sementara ini sehingga kiTa lupa pada kehidupan yg kekal abadi.

wallahualam