بسم الله الرحمن الرحيم
BANGUN TIDUR
1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan ini digalakkan berdasarkan :
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 183.
2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.

Doa Bangun Dari Tidur
3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.
4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.
5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.
Sumber : Kumpulan doa, Zikir dan Amalan Seharian Nabi Muhammad SAW. Judul asal, Akhtar Min Alf Sunnah Fi Al-Yaum Wa Al-Laylah, - Syeikh Khalid Al-Husaynaan
Walahualam
4 comments:
follow sini..
Dah dah dah (",)
nice in4!
nak wat jugak la...:)
buat jgn tak buat, semoga berjaya istiqamah (",)
Post a Comment