Wednesday, September 7, 2011

ADAKAH ARTIS-ARTIS MALAYSIA BERBUDI BAHASA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Situasi yg tak patut berlaku TAPI kadang2 berlaku :-

Situasi 1

Mak : Mat tolong gi kedai belikan santan.

Mat : Alah mak... jap lagi lah

---Tiba2 telepon Mat berdering..... kring kring kring (sebenarnya bunyi lagu Micel Jekson)

Awek : Hello... awak kat mana tu?

Mat : Saya kat umah ni, naper?

Awek : Awak leh amik saya kat Komuter tak?

Mat : Awak jgn risau... sebelum sempat awak kelip mata, saya dah ada kat depan mata awak.

(Pergh..!!!! sebelum sempat kelip mata tu... apa dia ingat syurga bawah telapak kaki awek dia ker?)


Situasi 2

(Mat baru mengeluarkan duit gaji di mesin ATM ditemani Aweknya, Tiba2 mata Mat terpandang "Tabung Derma Anak Yatim")

Mat : cuba awak tgk tu... entah betul ker tidak tu.... entah2 tipu.

Awek : tak baik awak sangka buruk camtu, bagilah sikit kalau taknak bagi banyak pun.

Mat : saya baru jer nak bagi tadi, pastu awak suruh lak, terus saya rasa mcm tak ikhlas jer nak bagi, daripada tak ikhlas baik saya takyah bagi.

---(mereka berdua terus beredar dari situ, menuju pasaraya)


Situasi 3

---(Mat dan Aweknya berlegar2 di dalam pasar raya, tiba2 mat ternampak "KARAOKE BOX")

Mat : cuba awak tgk tu... ni lah salah satu tempat yg merosakkan org muda skrg. (baik pulak budak Mat ni)

Awek : tak baik awak cakap camtu, kalau saya cakap saya nak pegi situ cam mana?.

Mat : kalau awak ajak apa salahnyer... jom lah. saya tau, niat awak baik, sajer nak senaman tekak kan. heeeee. jom saya belanja.

Awek : betulker awak nak belanja?

Mat : betullah... saya Ikhlas ni.

(kemain IKHLAS yer kau Mat, TADI derma anak Yatim kau kata tak Ikhlas.... karaoke Ikhlas pulak... Aduhai Mat)




Gambar ni aku amik kat sebuah Masjid kat Kelana Jaya(Masjid Tabung Haji)

P/S = Jgn malu untuk bercerita perkara2 yg baik, TETAPI malulah utk bercerita perkara2 yg buruk(kutuk orang walaupun perkara itu benar) DAN Jgn malu amik gambar2 yg boleh mendatangkan FAEDAH, TETAPI malulah utk amik gambar2 yg menyumbang kita ker NERAKA seperti gambar (lucah/blue/seksi/gairah/berahi).

Wallahualam



4 comments:

Finaz Jaafar said...

ho yeah..hakikat semua nih..=)

budak kacamata said...

nice post!good job..keep it up..

afina rahmat said...

remaja sekarang .. ish3 .tetibe rasa nyesal lak tengok dak2 cmni.harap tak trgolong.amiin

Zabid9897 said...

Finaz Jaafar - (",)

budak kacamata - Tiada daya dan upaya melainkan drpd keizinanNya

afina rahmat - harap tak tergolong dan harap jugak generasi kita yg akan datang pun tidak tergolong jugak... kita yg perlu didik mereka

Wallahualam