Tuesday, August 3, 2010

Solat

Dari Abu Hurairah: meriwayatkan bahawa satu ketika Rasululllah masuk ke dalam masjid,beliau mendapati seorang lelaki bersembahyang.Apabila dia selesai sembahyang lantas dia memberi salam kepada Baginda dan Baginda menjawab salamnya.

Baginda berkata : Sembahyanglah lagi sesungguhnya kamu belum sembahyang. Maka lelaki itu bersembahyang semula sebagaimana sembahyangnya yang pertama. Setelah selesai dia datang lagi kepada Nabi dan memberi salam. Setelah menjawab salam .

Baginda bekata : Sembahyanglah lagi sesungguhnya kamu belum bersembahyang.

Beliau mengulangi sehingga tiga kali.

Lelaki itu berkata : Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran,Aku tidak boleh bersembahyang yang lebih baik daripada ini,ajarilah daku.

Lantas Baginda bersabada:
  • Apabila kamu berdiri untuk bersembahyang maka bertakbirlah kamu.
  • Kemudian bacalah apa yang mudah bagi kamu daripada Al Quran.
  • Kemudian rukuk lah kamu dengan penuh tomakninah.
  • Kemudian berdiri dengan rukuk sehingga benar-benar lurus.
  • Kemudian sujudlah dengan penuh tomakninah.
  • Kemudian duduklah diantara dua sujud dengan tomakninah,Begitulah kamu lakukan dalam setiap rukun dalam sembahyang (HR Bukhari)

No comments: