Wednesday, August 4, 2010

Hari yg penuh Aktiviti

RABU, 23 Syaaban 1431 Hijriah - 4 OGOS 2010 M
Sungguh penat hari ini....
Hantar Abah mertua(abah org umah aku lah) pegi Hospital tuk cek mata,
punyalah lama kat Pusat Perubatan UKM dan amat menyeramkan kat Hospital ini...
Rasa INSAF&TOBAT aku,...mmg MULAI HARI INI nak jaga kesihatan
"Akanku jaga segala apa yg ALLAH pinjamkan padaku ini, akanku pulangkan semuanya dalam keadaan yg BAIK pada MAHAPENCIPTA InsyaAllah".

Sementara ABAH tunggu giliran ... kami TERBANG(naik keta sebenarnya) ke PEKAN KAJANG tuk buat Insuran(sungguh terhegeh2 kerani tu). sementara menunggu kerani yg terhegeh2 tu KAMI(aku ngan Isteri aku) membelek bag duit masing2...
Tiba2 isteri aku cakap "Eh.. bang Lesen awak bila Mati???"
Rupa2nya baru aku perasan... dan sebulan lebih LESEN aku mati (maknanya masa aku pegi Baling, Kedah minggu lepas, lesen aku mmg dah mati...nasib baik takde roadblock... fuh...
Dan akhirnya siaplah insuran... Kring kring...(bunyi handphone) "Lagi sorang giliran abah ni" (maknanya kami tak sempat pegi pejabat pos kat Kajang ni tuk buat RoadTax)

Kami pon bergegas ke Pusat Perubatan UKM (Cheras) utk amik abah di sana.

Sesudah hantar abah di Bangi, Kami terus menuju ke Pejabat Pos berhampiran untuk buat RoadTax sambil membayar Cukai Pintu DAN Renew Lesen aku. "YES LESEN AKU AKAN MATI 5 TAHUN lagi tahun 2015". heee

Ye...masa yg di tunggu telah tiba kami menuju ke POLIKLINIK UKM di bangi utk "check-up". Kandungan Isteri aku 15minggu(perkiraan Doktor). Perut isteri aku di SCAN (melihat pergerakan baby dlm perut amat2 mengembirakan kami) huhu.

Pastu kami pegi SG.CHUA(Kajang) tuk bayar Bil CELCOM..

DAN AKHIRNYA kami sampai di rumah kami di Semenyih..... (INIlah hasil nukilan aku yg pertama dlm blog ini).

2 comments:

effa9897 said...

pengalaman pertama yg begitu mengujakan hidup kita ^_^

Anie said...

LOH INGAT APA YG SUSPEND TADIKK