Tuesday, August 16, 2011

Sembahyang tak tinggal tapi perangai mcm SIAL

بسم الله الرحمن الرحيم


Kisah 3 Sekawan yg diberi nama MAT, MIN dan ABU.

MAT : Aku rasa bermula Ramadhan ni aku taknak tinggal solatlah min.

MIN : Alah Mat....kau cakap jer lebih, tgk mcm Abu tu... solat mmg tak pernah tinggal, tapi perangai lebih teruk dari kita.

MAT : Yer tak yer jugak yer.... tapi semalam aku dgr Tazkirah Ramadhan, ustaz tu ckp org yg solat akan jadi org yg baik.

MIN : Kita yg tak solat ni pun baik ape??? kalau org yg solat tu boleh jadi baik.... Abu tu mesti lebih baik dari kita.


MAT tidak meneruskan perbualan sbb TERINGAT dgn kata2 ustaz,
"Jika kita sedang berbual/bersembang dgn org yg selalu berdalih untuk BERUBAH menjadi baik, lebih baik kita senyap, sbb dikuatiri kita pun terikut dgn dia TAKNAK BERUBAH menjadi baik"

selingan .... MAT, MIN dan ABU adalah nama samaran yg mudah untuk di taip (",)

Persoalan??? - betul ker kalau org yg solat akan jadi baik seperti apa yg didengar oleh Mat pada Tazkirah Ramadhan..????

Jawapan : Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 25
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


SEMBAHYANG TAK TINGGAL TAPI PERANGAI MCM SIAL = INI KERANA SOLAT MEREKA TAK BETUL...!!!!!

MENGAPA SOLAT MEREKA TAK BETUL = SALAH SATU SEBABNYA BACAAN AL-FATIHAH TAK BETUL

Belajar tu bukan dgn USTAZ google tau... BUKAN JUGA dgn org yg selalu taip pasal agama kat blog ni(mcm akulah) BELUM TENTU BETUL. Rajin2 lah gi masjid dgr Tazkirah... Jgn jadi mcm Min.

Wallahualam.



Gambar di ambil drpd Kitab yg bertajuk RAHSIA AL-FATIHAH oleh Ustaz Ismail Kamus Terbitan Darulnuman

P/S = Tolong doakan aku supaya apa yg aku taip kat bloq ni bukan ajaran2 yg menyesatkan.

8 comments:

Isteri Encek Bard said...

TERSENTUH BACA ENTRY NIE... TERIMA KAZIH ZABID

Syazana Zainn said...

ade juga solat tak pernah tinggal, pergi mana pun tetap solat juga, tapi mulut tetap macam longkang.

mcm schaze pulak masih mencuba jd yg lebih baik dr semalam.

Sunah Sakura said...

ermmm..part tentang tinggalkan perbualan kalau bersembang dengan orang yang selalu berdalih untuk berubah jadi baik tu, saya setuju..paling tak pun kita yang rasa sakit hati dengan kata2 dia..

yup, solat sempurna insya'Allah boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...

surianisiti said...

solat lah sebelum anda di solatkan. :)

Ujang9897 said...

point best ialah jgn tanya pada ust google..=)

KRAFMAN JULIA said...

yang sembahyang mungkin perangai macam sial...yang x sembahyang tu?...lg jahil kan?..

aizamia3 said...

tak semua yang solat itu baik begitu jugak sebaliknya tapi apa guna pandai berkata-kata tapi tidak memanfaatkannya..

betul tu.. jangan cari ustaz google..

Zabid9897 said...

....sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.....Al-Ankabut ayat 25

masaalah org yg solat tapi masih "KO" itu bukan masaalah solat, TAPI MASAALAH ORANG ITU SENDIRI.

Org yg Solat DGN BETUL PASTI dilindungi oleh Allah drpd kejahatan.

Wallahualam.