Wednesday, April 27, 2011

NAMA ANAK

Perbualan di suatu petang antara seorang pemuda dan Imam Masjid

Gambar Al-Quran

Pemuda : Assalamualaikum

Imam Masjid : Waalaikumsalam

Keceking..!!!!(bunyi gate automatik)

Pemuda : Wah..!!! magicnyer pintu pagar Imam ni,

Imam Masjid : Pintu ni mmg mcm ni, asal org datang jer dia bukak sendiri (sambil tersenyum). Bila kamu nak pindah sini??? ada apa cerita dtg umah ni???

Pemuda : aik... mcm tak kasi datang jer.. heeeee. saya pindah dalam masa terdekat ni. Ni dtg nak bagi kad jemputan adik kawen... alah yg jumpa Tok Imam hari tu...

Imam Masjid : alah kalau tak kasi dtg pun, kau dtg jugak...heeee. ooooo AZFAR tu yer... saya mesti datang masa dia nikah tu....heeee (mmg lah kan sbb dia Qadi kan, lawak tul Imam ni).

Pemuda : Nak tgk cucu tak tok???

Imam Masjid : wah... bawak anak yer... comelnyer.... sapa nama dia????

Pemuda : Zuyyin Eimanina

Imam Masjid : Zuyyin Eimanina yg bermaksud "Dihiaskan (dan dijadikan indah) Iman kami"

lalu Imam Masjid terus membaca Surah Ali Imran ayat 14 yg bermaksud

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."






No comments: