Tuesday, August 24, 2010

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH

Disebut dibaca setiap sehari,

Di siang hari juga di malam hari,

17 kali dalam sehari,

Menjadi sebati dalam diri.

1) DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

2) SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM

3) YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

4) PEMILIK HARI PEMBALASAN

5) HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MENYEMBAH DAN HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN

6) TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS

7) IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG TELAH ENGKAU BERI NIKMAT KEPADANYA, BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI, DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT

Inilah dia 7 ayat yang dibaca oleh umat Islam setiap kali menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dan wajib dibaca pada setiap rakaat.

Dan secara asasnya, 7 ayat yang bermakna ini dibaca sebanyak 17 kali dalam sehari. Jika kita membuat perkiraan, 17 x 7 = 119. Subhanallah, kita telah dapat membaca 119 ayat Al-Quran walaupun ayat yang dibaca adalah sama dan secara berulang!

Tetapi, adakah ayat-ayat ini hanya meniti di bibir kita tanpa meniti di hati kita? Jika difahami dan dihayati surah Al-Fatihah ini menggunakan akal dan hati, surah ini merupakan 1 doa yang lengkap bagi kita – Iaitu bagi hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Yang perlu mengharap segalanya kepada tuannya iaitu ALLAH.Surah ini dimulai dengan puji-pujian bagi Allah yang merupakan salah satu daripada adab berdoa. Kemudian diteruskan dengan ‘luahan-luahan’ yang mesti diluahkan oleh seorang hamba. InsyaAllah dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup kita di dunia juga akhirat kelak.

Alangkah bermaknanya, jika di saat kita mengungkapkan ‘Amiin’ di akhir surah ini ketika solat, kita betul-betul mengharap supaya doa ini didengari dan dimakbulkan...

Wallahua’lam.

No comments: